16 May 2011

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum,


Guru merupakan seorang insan yang penting dalam kehidupan kita selepas ibu bapa. Saya percaya jasa dan pengorbanan guru tiada tolak bandingnya. Andai anda seorang jurutera, peguam, doktor, akauntan, pelajar dan lain2 lagi pada masa kini. Semuanya bermula di bangku sekolah ketika anda diajar oleh seseorang yang bergelar guru. 


Jasa guru bukan lah  kecil !


Mengajar pelajar mengenal, menulis dan membaca nampak seperti kerja yang senang tapi mampukah anda melayan kesemua kerenah pelajar jika anda seorang guru ketika ini ? Mampukah anda ?



Kini Aku Kernamu nyanyian Firdaus penuh maksud tersirat ! 


Guru sekarang bukan macam dulu, Guru sekarang dah tak boleh beri hukuman kepada murid. Nanti muncul lah surat atau pun panggilan dari ibubapa murid tersebut. Itulah situasi yang dihadapi kakak saya sebagai seorang guru. Jauh berbeza dangan zaman persekolahan saya, ayah saya siap pesan lagi dengan cikgu 


"kalau dia buat salah pukul lah supaya ianya menjadi satu pengajaran buat diri nya, semoga dia jadi insan yang berguna satu hari nanti !"

Perbezaan guru dahulu dan sekarang !

Orang tua-tua kata kalau nak kerja jadilah seorang guru sebab kerjaya sebagai seorang guru terjamin masa depan. Tapi kalo nak kumpul harta yang banyak jangan lah berharap kepada profesion perguruan itu. 


Namun kekayaan sebenar guru adalah apabila ilmu yang diajarnya berjaya difahami murid dan ianya digunakan pula oleh si murid untuk untuk kebaikan dan disampaikan oleh murid tersebut kepada yang lain. Jadi kekayaan guru pasti bercambah dengan ilmu yang disampaikan nya ketika di sekolah dan menjadi bekalan berguna di akhirat kelak.


Marilah kita mendoakan kesejahteraan guru-guru kita di dunia mahupun di akhirat agar mendapat keberkatan nya. 


Akhirkata, Selamat hari guru ! teruskan lah menjadi lilin yang menerangi hidup seorang insan yang bergelar murid


De'din

  • Berita baik untuk guru PM kita yang baik hati tu dah perkenalkan Kaedah baru kenaikan pangkat
  • Dikesempatan ini juga sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah kepada guru-guru yang telah pergi meninggalkan kita semua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
  • Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

04 May 2011

Suka duka Latihan Industri episod 1

Assalamualaikum,


Selamat petang semua ! Jom nak story tentang LI ku selama 5 bulan di Salah sebuah company pembinaan di Alor Setar ! Elok-elok sampai ja ada lagi 3 orang budak polimas dah tercegat kat situ ! Dalam hati kata aku sampai lambat ka ? tgk endset eh awal lgi lah, ada 5 minit lagi ! hehe


Then adalah sorang ni mai panggil kami kat luar. Siap perli anak-anak raja kena jemput masuk rupanya. Dalam hati kata macam garang ja ! Tapi sebenarnya x pown. keh keh keh. 


Waktu mula2 masuk dulu ingatkan hari-hari start kerja pukul 9 ! sebab hari petama lapor diri pukul 9. Tapi sekali Project Director kata kamu duduk site kena ada dekat site sebelum pukul 8.  Waktu balik pula pukul 6. Dalam hati kata co ni betul2 guna budak li nih. 


Dua owg budak polimas kena antar p kl, wow seronoknya depa boleh p kl (tpi dalam hati kata fuhh lega boleh dok sini hehe). Yang sorang lagi stay kat ofis, Yelah dia kan pompuan, mna boleh dok kat site yang panas tu ! dok dalam econ sudah.




13 kaki dalam tanah ! ada sapa2 berani masuk ?


Saya turun bawah tunggu saya punya site supervisor sambil tu sembang2 degan staff yang len kak nas dan kak niza. Dekat setengah jam tunggu sampai juga wa punya supervisor khairi firdaus. Bajet garang juga nmpak tua pon ada ! tapi hampeh ja, tua setaun ja. tapi tetap tua kan ! haha

then dia bawa pergi site, jalan2 kejap then balik ! walaweyh !

De: Tu first day punya cerita ! nantikan yang seterusnya !

01 May 2011

Ini Yang Terakhir part II

Salam bloggers !

Hah, korang jangan salah sangka pula ttg entri yang sebelum ni,, yang mana ? yang ini lah ! entri tu x dak apa2 maksud pon. Cuma sekadar nak tgk sapa lagi yang nak comment kat blog yang semakin serabai nih. Al maklum lah,, dulu puluh2 juga komen, sekarang nak dapat 3 komen pon susah ! 

Thanks to comentator : 








Thanks atas komen2 anda ! sangat menghargai

btw, sekarang ni mmg best juga bergroup ngan Geng politeknik 1 malaysia nih,  dapat kenal blogger2 poli len antaranya End wan dan nanie zainudin ! no words to describe ! tapi ampa mmg sporting.




belum join Group politeknik 1Malaysia ? klik link ini untuk join 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...