Selamat pagi blogger yang comel lagi kacak serta cun !
Alhamdulillah semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu kebaikan dan lebih baik berbanding sebelum ini. Itulah azam setiap dari kita bukan ? Tapi tercapaikah hajat itu, nak cakap memang senang, tapi nak laksanakan, oh my cubaan ! Selagi kita mampu berusaha selagi itu lah jangan mengalah.
Ramadhan kali ini juga kembali mengimbau kenangan zaman lalu, sedar atau tidak sudah 5 tahun lebih tidak bersama keluarga mengharungi setiap ramadhan yang tiba dan dalam tempoh tu hanya pulang sekali sekala. Kini aku kembali seperti 5 tahun dahulu bersahur dan berbuka bersama keluarga. Kini segalanya berakhir perjuangan untuk mendapatkan segulung kertas selama 3 tahun pengajian akhirnya berjaya ditamatkan sebelum kaki ini mengorak langkah seterusnya mengejar impian yang tidak berada dalam senarai ketika kecil dahulu.
Sama ada masih terus bersama buku atau tidak ianya bakal terjawab tidak lama lagi. Namun tiada apa yang perlu dipedulikan jika gagal mendapat tempat untuk bersama rakan seperjuangan yang lain di menara gading. Jika itu takdirnya, persediaan telah dilakukan. Tempat untuk melangkah dalam dunia kerjaya juga telah tersedia. Hasil usaha ketika latihan industri dahulu memberi tumpuan dalam setiap gerak kerja yang diberikan dan melaksanakannya dengan jaya. Insyaallah kalau takdir menentukan kerjaya adalah seterusnya. Aku sudah bersedia.
Itu serba sedikit kisah ramadhan dan diri ini. Insyaallah semoga puasa kita semua bukan semata lapar dan dahaga. Semoga ramadhan kali ini mendidik kita lebih supaya menjadi seorang insan yang lebih sempurna dalam segala aspek.
Sehingga bertemu lagi.
Jom selak dan lihat kisah Raikan Ramadhan sebelum ini :
Raikan Ramadhan 1 : Dia datang lagi !
Raikan Ramadhan 2 : Kelebihan Ramadhan
Raikan Ramadhan 3 : Lafaz Niat Puasa
Raikan Ramadhan 4 : Sahur Pertama
Raikan Ramadhan 5 : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
#Boleh juga tengok baju blogger kalo berminat tinggalkan komen.