Mari mulakan dengan apa-apa aja.
Baiklah mari kita mulakan dengan rezeki. Akhir-akhir ini saya selalu makan ceme. Tak tahu apa itu ceme?? Tanyalah orang utara mereka pasti tahu. Rezeki saya sangat murah. Sangat bersyukur dengan nikmat ini. Semoga Allah membalas kembali kebaikan mereka ini.
Saya pernah dengar ada orang kata “sekali ang belanja orang”. Nanti akan “ada sepuluhorangyang belanja ang balik tanpa ang sedar” Huh benar-benar kata-kata nya.
Jadi janganlah bersifat bakhil!!
Semalam saya dan otai mengajak kawan-kawan main futsal. Selepas semuanya setuju kami pun nak main. Semasa nak tempah gelanggang tiba-tiba ja penuh. Saya dan otai pun menyusun langkah seribu pulang ke hostel.
Lebih kurang pukul 8 malam ada dua sms dalam kotak inbox saya. Saya pon buka lah satu mesej berbunyi “alo.. fariz da mna??” manakala satu lagi penuh dengan “maki hamun”. Opss saya bukan sengaja tak nak beritahu tapi saya memang terlupa. Nak buat macammana kan benda dah jadi?? Jadi saya pun menyusun 10 jari memohon kemaafan.
Ada yang tak kisah. Tapi ada juga yang buat-buat bengang.Yang lawak ada pula yang kata ingat dengan perkataan sori boleh bagi kami cool ka?? Hehe itu saya tak pasti.
Hei !! itu lah lumrah hidup. Manusia pasti melakukan kesilaan jua. Macam lah depa tak pernah buat silap
Pagi tadi masuk kelas semua buat-buat nak merajuk. Haha. Tapi bukan senang nak merajuk dengan saya. Kononnya tak mau cakap dengan saya. Tak sampai setengah jam ja masa diperlukan nak sejuk kan hati mereka. Saya kan pandai memujuk. Haha untung sapa jadi awek saya!! Sekadar bergurau.
Sesi fotografi berlangsung tadi. Sebenar nya saya tak tahu kata kena tangkap gambar harini. Nasib lah Bob telefon saya tanya dia punya tali leher Barulah saya tahu. Tapi saya tak percaya !! mana lah nak tahu kut2 lah bob berpakat nak pekena saya harini. Sebab semalam depa kata saya perkena mereka.
Setelah mendapat kepastian daripada Irwan dan Otai saya pun mula percaya tapi masih was-was sehinggalah saya bertemu mereka. Sesi Fotografi bermula dengan baik dan lancar sekali.
Let’ go on!! Petang tadi pula ada diadakan Gotong Royong Perdana PTSB GREEN CAMPAIGN. Saya pun tidak ketinggalan untuk memeriahkan program ini. Saya sudah banyak kali menyertai acara seperti ini namun perjalanan program kali ini sepatut nya perlu diperhalusi agar mampu menarik minat pelajar menjayakan nya.
Berdasarkan keratan akhbar harian metro:
KEMPEN kitar semula yang masih jauh daripada matlamat yang ingin dicapai tidak harus dipandang remeh.
Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mempromosi kempen berkenaan, namun harus diakui pembabitan masyarakat menjayakan kempen itu belum boleh dibanggakan seperti diakui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Tong sampah kitar semula misalnya, cuma dijadikan penghias berwarna di kawasan pembuangan sampah yang turut dilonggokkan pelbagai sisa buangan yang memusnahkan bahan yang boleh dikitar semula.
Mengharapkan fungsi Pusat Kitar Semula, berapa ramai yang mengetahui kewujudan pusat berkenaan? Bagaimana pula dengan masyarakat yang ingin memberi sumbangan terhadap kempen kitar semula namun tidak mampu melaksanakannya disebabkan kedudukan pusat kitar semula yang jauh dari kediaman mereka?
Kempen kitar semula bukan setakat melempar kertas, tin aluminium atau botol kaca ke tong khas berwarna biru, perang dan jingga namun matlamatnya lebih luas termasuk menyedari kawasan pelupusan sisa pepejal yang kian berkurangan.
Berdasarkan statistik, negara kini mengimport kira-kira 25,000 tan kertas terpakai sebulan sebelum ia dikitar semula untuk digunakan dalam industri percetakan. Namun, hanya 40 peratus daripada kertas yang digunakan itu dikitar semula manakala 60 peratus kertas terpakai itu hanya dibuang sebagai sampah.
Saya tahu ramai masih ramai yang tidak turun dan sedang tidur di kamsis. Sepatutnya kita perlu bekerjasama dalam menjayakan program seperti ini. Dalam usaha memulihara bumi yang kian tua ini kita perlu lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran kita. Sebagai contoh gotong royong juga dapat membantu memusnahkan pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi.
De’din berharap agar masyarakat Malaysia mampu bersatu untuk menjamin persekitaran yang selesa dan kondusif untuk generasi akan datang.
De’din say: Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Kawan memang begitu Itulah lumrah hidup!!
Ingat lah Islam sentiasa menitik beratkan kebersihan
No comments:
Post a Comment