Sudah sebulan lebih aku sambung belajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Ianya memang satu lagi alam yang berbeza untuk aku tempuhi. Pasti penuh dengan warna-warni kejutan. Nampak gaya aku bakal mencorak kain putih buat sekian kalinya. Yang pasti aku mesti meneruskan kembali langkah yang hampir terhenti dahulu.Walaupun ramai rakan seperjuangan aku telah beralih angin. Satu ketika dahulu aku pernah berkira-kira untuk beralih bidang tapi kenyataan nya aku masih lagi bersama bidang ini. Mungkin aku masih memerlukan bidang ini namun aku tidak pasti.
Adakah kerjaya dalam bidang ini masih lagi relevan untuk diri aku?? Itulah yang menjadi persoalan aku selama ini. Diri ini berasa berat untuk meneruskan tapi apakan daya hanya ini yang ku mampu untuk gapai di kala aku terhimpit. Setelah sebulan kembali bersama. Aku sudah terasa sinar yang menunggu di hujungnya. Ianya bagaikan permata tapi banyak lagi yang perlu aku lakukan. Aku perlu bersaing bersama kawan-kawan baru yang lebih hebat dan mereka lebih layak berada di sini jika dibandingkan dengan aku. Aku harapkan permata yang bersinar tetapi diri ini takut andai ianya hanya lah kaca .
Namun aku yakin aku mampu mengekori jejak mereka. Akan tetap kulangkah kan kaki ini andai apa jua halangan yang bakal menimpa. Aku tidak sanggup lagi mengecewakan mak dan abah aku. Biarlah ianya menjadi sejarah sebagai rujukan kepada anak cucu aku nanti. Aku bersyukur kerana masih ada tempat untuk aku melanjutkan pelajaran. Walaupun aku sepatutnya mendaftar awal tahun depan namun aku mendapat khabar gembira apabila aku ditawarkan lebih awal. Itu mungkin rezeki aku.
Seperti biasa aku masih perlu mengambil subjek yang aku tidak minat seperti matematik kejuruteraan dan sains untuk juruteknik. Walaupun ianya boleh dianggap mudah kerana bermula dengan tahap PMR. Hari ke sehari ia makin mencabar. Subjek ukur kejuruteraan berjaya menarik minat aku untuk. Ianya memang impian aku sejak bertemu bidang ini. Itu lah salah satu skop yang diminati aku dalam civil eng ini. Aku cukup meminati subjek ini kerana aku tidak perlu tersengguk-sengguk di dalam kelas. Subjek yang agak menarik perhatian aku tentunya bahan binaan dan teknologi konkrit. Tetapi sayang nya untuk semester ini tiada sebarang amali hanya teori sahaja yang diajar.
Rasanya cukuplah setakat ini dahulu setelah lama merehatkan tangan ini daripada menulis. Lagipun sudah lama aku menggunakan laptop yang dipinjam ini. Kawan ku ini yang tidak pernah berkira andai aku ingin menggunakannya. Saat ini kawan ku telah tertidur dengan nyenyak nya. Aku ingin bersama mereka melayari mimpi indah menjelang pagi esok untuk bangun sahur. Di sebalik diari ini. Aku ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada sesiapa yang mengikuti blog aku ini. Bersama lah kita beribadat seikhlas hati untuk mengejar keberkatan -NYA.
*di publish pada tanggal 27 Ogos 2009
No comments:
Post a Comment