Setelah gagal berhubung dengan kawan kawan yg lain akhirnya kami mengambil keputusan untuk masuk dahulu. Setelah masuk aku meneruskan usaha untuk menyatukan kami yang terpisah. Sebelum perlawanan bermula mereka telah Berjaya mengesan kami. Akhirnya kami berhimpun. Ketika pemain edang melakukan warm up kami saling bertanya. Antara persoalannya ialah pemain tu nama apa?? Dia main posisi apa?? Dah lama ka dia main dengan Kedah?? . itu antara persolannya. Hampir 70% persoalan itu gagal dijawab oleh kami. Maklum lah dah lebih 2 tahun tidak dapat pergi ke stadium kerana smua nya tinggal d asrama. Dahlah tinggal di asrama lps habis SPM kena PLKN pula. Cuma mengikuti secara tidak langsung pasukan kedah maelalui surat khabar.
Sebelum perlawanan terdengar gelagat penyokong Kelantan yg begitu bising. Seolah olah mereka merupakan tuan rumah dgn laungan gomo kelate gomo . selepas mendengar laungan itu gendang Kedah pantas berbunyi melawan arus awe awe kelate. Sebaik perlawanan dimulakan ternyata apa yang dikatakan oleh peminat tanah air selama ini ada benarnya. Kedah mempunyai pemain pelapis yg berkualiti tetapi gagal menjadikan nya satu klebihan. Sewaktu babak pertama berlangsung rata-rata mata peminat hiau kuning tearah kepada penjaga gol Kelantan Halim Napi. Yang banyak bertindak menyelamatkan cubaan berbahaya pemain kedah yg bagaikan tidak mempunyai penyerang. Terpegun kami dengan gelagat nya walaupun sudah tua namun masih gagah. Tiba tiba ada suara suara sumbang yg mula bergema tidak senang dengan ketangkasan beliau. Setelah diberikan sepakan penalti . nyata sorakan lebih 28 ribu penonton yang membanjiri stadium darul aman masih sehebat dulu dengan dibasahi hujan renyai2. Penalty yang Berjaya disempurnakan oleh badrol bakhtiar disambut dengan sorakan. Setelah selesai babak pertama
Ketika masa rehat berlalu tiada apa yang dapat dilakukan. Masa bergerak begitu pantas baru sahaja ingin menyusun langkah untuk membasahkan tekak yg sudah kering. Kelihatan pemain Kelantan sudah masuk ke padang. Babak kedua bermula dengan penuh harapan. Tapi saying harapan mengunung setingi gunung keriang musnah dalam masa kurang daripada 5 minit. Jika diperhatikan kesalahan pak long dan victor menjadi punca kekalahan kedah namun ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik itu. Sebelum bola itu datang kepada mereka. Bola itu semuanya datang dari kaki pemain ber jersi 8. Akibat permainan pemain ini yang hilang punca dan tidak tentu arah. Mungkin juga disebabkan oleh ketiadaan support.
Akhirnya kami pulang dengan rasa penuh kecewa tumpas 2-1 di arena sendiri. Tapi ini bukan lah penamat kepada sokongan kami. Cabaran afc akan aku hadiri jika mempunyai wang. Kerana ini merupakan masalah aku untuk ke stadium. Apa pun jadikan kekalahan ini sebagai iktibar.
*di publish pada 6 April 2009
No comments:
Post a Comment