Assalammualaikum,
Apa khabar semua?? harap anda semua baik sahaja. Kalau tak sihat cepat2 lah p klinik!! hehe :-)
Kali ini saya nak nukilkan tentang perjalanan Sukan Kamsis. Serba salah rasanya nak masuk yang mana satu. Bola tampar atau Futsal?? Seorang nak saya main futsal seorang lagi suruh saya main bola tampar. Kalau nak diikutkan saya memang nak main futsal tapi rasa macam malas ja sebab tak biasa main dengan mereka. Bola tampar pula tak cukup orang. Kesian mereka. Akhirnya, saya main futsal. Perghh, memang memalukan sangat kalah kedua-dua perlawanan.
Sebenarnya, saya dah agak bermain dengan orang yang saya tak kenal pasti begitu. Walaupun diri ini sebenarnya cuma ingin nak balas dendam yang masih membara pada semester lepas. Tapi segalanya tak menjadi nak clear bola pon saya blurr sebab tak dak support.
Lain pula kisah di gelanggang bola tampar. Mereka menjadi naib juara. Tahniah noh angpa memang hebat lah. Yang ni yang buat saya lagi panas. Rasa menyesal pula sebab tak main bola tampar. Hati kata Bola tampar badan kata futsal!! Lain kali fikir betul2 De’din!!
Hey Kota Kenari just wait for me!! Sekarang rasanya masa yang paling sesuai untuk keluar kamsis. Segala borang telah diambil Cuma tunggu masa ja. Insyaallah selepas pulang dari mendaki Gunung Bintang.
Oppss terlupa nak maklumkan hujung bulan ni insyaallah saya akan mendaki Gunung Bintang dalam usaha untuk mengejar impian mendaki Gunung Tahan. Doakan saya kawan-kawan. Tujuh orang bakal disingkirkan harap nya saya bukan dalam golongan ini. Sudah banyak yang saya usahakan.
Sekarang saya akan cuba mengeluarkan peluh walau apa cara sekalipun. Sekarang juga saya cuba mengawal pemakanan saya. Tiada lagi makan malam!! Saya bukan diet. Tetapi menjaga pemakanan saya agar tidak member kesan kepada diri ini.
Dalam pada itu saya juga banyak meminum air kosong. Tambah2 dalam cuaca yang tak menentu sekarang ni. Anda juga perlu minum banyak air kosong. Pesanan ikhlas dari De'din
Saya juga sedang sibuk bersama buku2 sekarang ini. Tidak mahu perkara yang sama berulang. Walaupun pointer sem lepas boleh dikira elok. Tapi sem ini cukup bahaya PB saya agak rendah. Jadi saya perlu study lebih lagi
Nantikan kemunculan De’din
Harap nya impian menjadi kenyataan.
De’din say’s: Yang lalu sudah pergi
Yang bakal akan menjelma
2 comments:
uuurrmmm...benda dh jd pon..dh takdir ko kalah x de rezeki kt c2...nk wat camne kn...tp t cbe lg..pasal nk daki gunung 2 gud luck ar...aq dokn ko x tergolong ar dlm 8 org 2 k...caiyok2 k..u can do it..
huhu..
yupp bnda dah lepas..
so lps lah..
ermm
nampak gaya mcm kawan
tpi sapa yer??
P/s: jika anda comment menggunakan anooymous tlong kenalkan diri!!]
sekian,
thanks
Post a Comment