Assalamualaikum
Bola mungkin bulat bagi kita. Haha. Permainan Bola Sepak sememangya memerlukan komitmen yang tinggi. Pendek kata bukan bola sepak ja semua sukan lah kan senang. Sabtu lalu kita dapat menyasikan aksi bolasepak yang hebat dan juga mutu pengadilan yang terbaik bak kata FAM. Hebat betoi noh mutu pengadilan.
Bertambah hebat apabila melihat pengadil yang sentiasa memberikan komitmen dari aspek meniup wisel. Bak kata orang muda-muda memang x dak can lah nak men bohong sebab pengadil memang peka. Memang terbaiklah FAM. Sebelum perlawanan adalah seorang daripada orang-orang FAM ni berjanji akan memastikan mutu pengadilan memng terbaik punya lah. Betul tak terbaik?? Jangan lah pertikaikannya sebab ianya memang terbaik.
Itu taksiran saya. Anda bagaimana?? Pasti berlainan kan!! Maklumlah kita makan di kedai yang berbeza.
Mengimbas kembali aksi TM Piala FA sabtu lalu. Saya tak pernah menyangka Kedah akan ke final terbeliak jugalah mata baca suratkhabar on9 (maklumlah kan free). Habis semua surat khabar on9 saya susuri . Semua kandungannya sama sahaja tapi tajuk tak sama.
Kenapa saya berkata begitu??
Cuba bayangkan ketika awal musim dahulu permainan skuad Hijau Kuning ni memang tempang sesangat-sangat. Rasa menyesal pun ada tapi apakan daya ini ja yang ada. Bak kata kawan saya layan ja lah. Tambah-tambah bila pi Stadium walaupun ada live.
Memang rasa menyesal. Tapi yang pelik saya tak pernah miss pi tengok walaupun menyesal!! Kenapa?? Anda nilai lah!!
LET’s back to previus!!
Untuk menyatakan kekesalan saya. Saya pun berkunjung lah ke laman sesawang www.hijaukuning.com. Disini saya cuba untuk memberi pendapat saya tentang permainan skuad kesayangan saya. Namun dengan penuh bangga nya pendapat saya disangkal otai-otai geng yang juga dikenali sebagai HKC.
Seingat saya, saya cuma meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu permainan kedah ketika itu. Saya juga menyebut tentang wang. Anda tahu apa itu wang??
Wang boleh didefinasikan sebagai sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga lain. Misalnya, wang kertas dan duit syiling telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai alat perantaraan dalam melakukan jual beli atau tukar menukar.
Kenapa saya begitu sensitif tentang wang. Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian selepas selesai menjalani latihan PLKN. Saya mengambil keputusan untuk bekerja. Selepas puas melilau mencari kerja. Akhirnya saya berjaya mendapat kerja. Walaupun ianya cuma profesion yang dilakukan oleh warga Bangladesh. Namun saya tetap bangga kerana saya tidak duduk di rumah dan goyang kaki sahaja. Kurang-kurang hujung bulan adalah juga gaji beda nak enjoy bak kata Nora Danish. Disini saya mengorak satu lagi langkah. Saya diberi kepercayaan menjaga wang sebanyak lebih kurang campur tolak kali bahagi adalah dekat-dekat 20k satu shift. Stesen saya kerja ni bukan calang-calanglah.
Di sini saya diajar tentang wang!!
Jadi saya sangat faham apa itu wang!!
Jadi saya ulangi
Jadi saya sangat faham apa itu wang!!
Satu kesilapan sahaja boleh menyebabkan gaji saya dipotong. Sapa nak gaji kena potong?? Kalau ada tolong lah komen. Oleh itu saya sentiasa berhati-hati ketika menekan desktop yang sebesaq tingkap tepi kereta waja.
Kembali kepada tujuan asal.
Saya menyuarakan ketidak puasan hati di dalam forum tersebut menggunakan kotak jerit. Saya Cuma komen daripada aspek tiket dan juga kesempoian games pada hari tersebut.
Nak tahu apa yang depa kata kat saya?? Kalau tak mau pun saya tetap nak menaip
Ala setakat tujuh ringgit apa lah sangat tu pun nak berkira.
Ya memang tujuh ringgit nilai yang cukup sedikit dan cukup mudah saya capai ketika bekerja dulu. Namun sekarang segalanya berbeza. Sekarang situasinya berbeza dulu saya kerja sekarang saya belajar. Saya yakin anda juga akan berkira sewaktu anda menuntut di mana-mana ipta sekali pun!! Kalau zaman sekolah tak kisah lah boleh spent sehari 50 kupang tu pun kes duk dapat duit dari FAMA. Kalau la ni jenuh lah. Memang lah dapat PTPTN tapi mna cukup bro!! kenalah juga berjimat tak kan nak biaq habis camtu ja.
Kalau camtu baik tak payah pi tengok
Yang ni lagi buat saya HOT. Ada ka patut dia kata begitu?? Mungkin ya mungkin tidak. Anda pasti bijak menilai bukan?? Football is half fun for me!!
Nak jadikan masak lemak cilia pi ni lagi sedap..
Adalah sorang mamat ni kata duit boleh dicari
Dengan selamba badaknya saya berkata kalau duk main bola tengah padang pun boleh jumpa sekupang dua!! Sekupang dua tu kan duit tambah saya. Maklum lah nak bagi sedap lagi masak lemak ni.
Kemudian dia kata kalau tak jumpa!!
Saya mula mati akai seperti ada batu yang menghentak kepala saya. Saya membalas pi lah cari tepi-tepi jalan pulak.
FAKTA yang anda perlu tahu duit ada dimana-mana. Disebabkan kelalaian manusia itu sendiri. Nak tahu lagi?? Ketika sedang leka bekerja saya bersembang dengan seorang apek ini. Apek bukan sebarang apek. Apek ini merupakan salah seorang lembaga pengarah dalam sebuah konsultan. Dia Tanya saya begitu banyak soalan kepada saya. Antara yang masih fresh di kepala saya ialah kenapa kamu kerja dkat sini x malu ka kawan-kawan tgk, berapa gaji kamu, dan kenapa kamu nak duit serta kamu buat apa dengan duit tu.
Dengan nada cina saya pun berkata “kawan apapasai saya mau malu keja dekat sini?? Apa pasai ma?? Gaji saya adalah dalam 5 enam ratus sebulan. Saya menabung dan enjoy!!
Kemudian dia kata btui cakap lu apa pasai mau malu?? Sini pun dapat gaji juga. kemudian dia bercerita ketika pengalaman nya sebelum bergelar. Malas nak taip panjang- panjang konklusinya begini kalau jumpa duit jangan ambil sekiranya tidak memerlukannya.
Apa yang dia cakap dekat saya. Saya tak nak taip!! Harap maklum
Sebelum beredar apek tu berkata sebenarnya cuma mahu tengok kamu punya spirit level. Sejak dari peristiwa itu saya sentiasa melayan dia.
Entah saya pun tak pasti sama ada statement dia atas masuk akal dengan persoalan di atas.
Sejak laman sesawang ini menggunakan Cjb.net saya dah perasan. Seakan-akan ada puak di dalam nya. Sehingga lah ianya bertukar.
Namun apakan daya saya bukan ahli bebayar!! Saya tak tahu situasi sebenar!!
Matlamat penubuhan HKC ini ialah untuk menghimpunkan peminat tegar!! Mungkin saya tidak tegar jadi saya tidak layak berada di sana.
Sebab saya cuma pergi kalau kedah menang!!
Kepala hotak!!!
Macam lah saya tau menang ka kalah malam tu!! Saya bukan dukun!!
Woi walaupun saya bukan ahli bebayar tak kan pendapat saya tak berguna langsung.
Sekali lagi kita kembali kepada topik
Persoalannya:
Adakah salah saya mempersoalkan tentang wang??
Penjelasan:
Anda membeli rumah dan projek itu terbengkalai . Sedangkan anda membayar setiap bulan. Apa perasan anda?? Berbaloikah pelaburan anda??
Adakah salah saya meluah kan pendapat??
Penjelasan:
Anda masuk ke sebuah gerai dan memesan mee goreng. Setelah pesanan sampai anda pun makan. Tak sempat lagi anda nak habiskan anda kata ‘x sedap kurang masin dan yang sewaktu dengan nya’ Kalau anda seorang yang suka makan!! Saya ulang jika anda seorang yang suka makan!!
Adakah anda beredar dari gerai tersebut tanpa membayar sesen??
Atau
Adakah anda terus makan sehingga habis walau pada hakikat nya tak sedap??
Anda pilih lah yang mana satu diri anda!!
Sekiranya anda berjaya memilih anda pasti faham apa yang saya taipkan disini!!
Entri kali ini saya ingin khas kan untuk Final Piala FA tetapi tiba-tiba ja teringat kisah yang berlaku sebulan dua yang lalu. Nantilah akalaou ada masa saya coretkan tentang Final.
Entri ini sama sekali tidak mencuba untuk mengaibkan mana-mana pihak atau pun badan-badan yang berkaitan . Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan entri ini sila lah tinggalkan komen anda. Saya juga berharap entri kali ini tidak menyakitkan hati sesiapa!!
Kalau terguris saya pohon maaf!! Itu saja yang saya mampu!!
3 comments:
Duit bukan segalanya...
Tapi kita perlukan duit sebagai alat...
Jangan jadi hamba duit sudahlah...
Mai sembang dengan abang dulu pasai HKC...
Jadilah penyokong yang mentalitinya lebih luas...
Bukan begitu boon..
adik x kisah kalau p tgk tapi kalah!!
kalo menang boleh puji
tapi dah kalah x kan tak boleh nak bagi pendapat..
bukannya adik kutuk..
Adik akui memang untuk membentuk satu pasukan yang kuat bukan tugas yang mudah!!
Adik juga akui untuk mendapat kan pasukan yang kuat juga memerlukan masa!!
Tapi bukannya apa!!
orang tu yang kata kat adik
setakat rm7 tu apa lah maknanya!!
kalo orang yang kata ni bdak hingusan x pa lah..
tapi seorang yang berpengaruh..
rm 7 mungkin angka yang kecil untuk dia..
Untuk pengetahuan boon, adik boleh dapat masuk free ja kalo nak..
sbb ada orang boleh supply tiket .. siap astaka lagi!!
agak2 boon kenapa lah adik sanggup p duk kat tempat terbuka tu..
kalo duk astaka hujan pn x kena..
tapi kenapa adik terhegeh2 juga beli tiket..
sbb adik ingt ckp boon..
boon pernah kata dulu.. boon pon x masuk free.. sbb ianya akan membantu gate collection..
sememangnya adik sedang mencuba untuk menjadi penyokong yang mentaliti nya lebih luas dari biasa..
Tpi kenapa seorang yang layak digelar 'otai' dalam komuniti tersebut mempersoalkan tentang wang??
Adakah mentaliti nya luas??
setanding dengan gelaran nya??
rasional kah tindakannya??
Hanya disebabkan seorang..
Great sshare
Post a Comment