29 November 2009

Penat nya minggu nie

Minggu ni dan minggu lepas antara minggu tersibuk untuk diri ini. Bukan apa, cuma banyak kerja yang perlu disiapkan awal tidak diendahkan. Jadi sekarang terimalah nasib nya. Dulu nak cari duit sekarang masalah lah pula. Memang meletihkan juga bila waktu rehat diggangu. Duk tengah sedap tidur ada orang mai ketuk pintu nak print. Kadang-kadang pi kuliah pun tak senang handset asyik berbunyi ja. Apa nak jadi depa ni tak tau langsung menghargai orang. Kalau nak print mai lah waktu yang ok sikit.


Dah tu kawan-kawan pun lebih kurang ja. Kalau minta diskaun tak pa lah juga. Ni minta percuma. Tauke balak pun boleh bankrap. Ingatkan nak tolong depa sebab tu bawa printer tapi sebaliknya pula. Depa pula yang menyusahkan diri ini. Kalau macam ni lebih baik simpan ja kat rumah. Simpan kat rumah sapa pula nak guna?? Sabar ja lah dah nak habis semester dah sebulan ja lagi.


Petang tadi sempat main futsal di kfcc lawan geng DUT. Memang mengecewakan lah boleh boh sebiji ja assist pun sebiji juga. Entah apa yang tak kena?? susah sangat nak main elok kalau main dengan depa ni. Mungkin tak dak persefahaman lagi. Aku masih baru bersama mereka dalam 2 bulan ja. Nanti ok lah tu.


Mula dari minggu lepas juga ada ujian 2 pening juga dok memikirkan nya dengan kuiz lagi memang memenatkan. Ada seminggu ja lagi untuk kuliah lepas ni JUST GET READY FOR EXAM. Banyak lagi yang perlu dihabiskan. Hah, satu lagi memang bengang dengan subjek matematik kejuruteraan. Awat susah sangat tah?? dah tak tau nak sumbat kat mana dah dalam otak ni cara penyelesaian tapi tetap blur.


Tadi ada dengar laptop hilang. Tak tau lah laptop sapa tapi lepas ni kena alert lah. Dah lah tu badan pun dah penat nak mandi lepas tu rehat pula.


*di publish pada tanggal 9 November 2009

Nasib oh nasib


Huh hari ini hari yang agak malang bagi aku sebab…… sebab apa??? sebabnya printer buat hal… bila print kertas keluar senget… ntah apa bnda tah yang lekat… lma juga proses bnda tu… akhir sekali elok juga… lepas tu nak refill dakwat warna… dah setel isi dakwat bru perasaan warna magenta tertukar dengan warna biru… alamak!!! entah lah… lps tu cuba pelbagai cara nak sedut balik … puas juga lah tapi gagal juga…nak kna p bli len lah… terbang lah lgi duit.. dah lah laptop buat hal baru2 ni… kna virus apa ntah… smpai x leh nak clean…. nsib boleh gak… waktu mula2 bawa laptop… tak boleh nak buka internet… nsib skrang dah boleh… dah lah waktu p pnang minyak motor habis… apa lah nak jdi(nanti aku crita len)

Semuanya nasib kan… apalah nak jadi… ini semua ujian yang perlu dilalui.. dengan penuh kesabaran… sama ada penantian itu indah atau tidak…. tggu saja lah…

*di publish pada tanggal 21 Oktober 2009

Hari Lahir Syasya Kelmarin & Malam Merdeka

Hari ini hari lahir syasya. Bukan tak ingat tapi x sempat nak tulis. Syasya dah besar sekarang dan bakal punya adik pula tidak lama lagi. Rindu betul lah kat syasya lama tak jumpa. Happy Birthday to SYASYA HANA



Malam merdeka yang paling tak seronok rasanya tahun ni lah. Sebab puak- puak senior duk buat pala sempoi. Buat sportcheck lah konon nya nak cari mercun dengan rokok. Tapi tu lah manusia yang duk check tu pun hisap rokok. Apa lah nak jadi bangang woi.


Dah lah masuk kawasan orang buat sempoi. Siap kata otak kami otak SPM lagi. Membazir masa betul. Yang tambah membengangkan seterika pun dia nak rampas. Kononnya ianya telah disediakan. Pala otak dia bila masa ada tak tahu lah. Lepas berbincang dengan warden maka seterika-seterika tersebut dipulangkan kerana kemudahan belum dapat disediakan. Maka pakat tarik mukalah geng 2 yang rampas ni bukannya apa malu lah baru rampas x sampai sejam dah kena pulangkan. Banyak betul yang aku tak puas hati tinggal kat sini. Nanti aku sambung lain. Nak siapkan tugasan pulak.


Moral nya kalau nak jadi ketua ka pemimpin ka janganlah menyusahkan orang lain. Manusia oh manusia. Nilah malam merdeka yang paling membosankan. Bukan sebab bulan puasa tapi sebab mangkuk hayun yang gila kuasa mcm puak2 ni. Skema tak bertempat.


* di publish pada tanggal 30 Ogos 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...