30 April 2010

Merokok mana macho!!

Assalamualaikum,

Jom kita bercerita tentang rokok!! Sedar atau tidak di sekeliling anda pasti ada perokok. Betul tak?? Saya pasti ianya tepat!! Sememangnya rokok selalu dikaitkan dengan lelaki. Tapi perlu di ingat kebelakangan ini jumlah perokok di kalangan wanita semakin meningkat.


Macho ke lelaki merokok?? cun ke wanita merokok. Jom kita 'pulau' lelaki dan wanita yang merokok!! Anda mahu ikut serta bersama De'din?? Jika ya bagus lah




Mana macho beb!! banyak benda lagi yang lebih macho

Kenapa mereka merokok?? sebabnya nya mereka yang merokok sahaja tahu tentang itu. Jadi tanya lah mereka.
wakakaka.

Tahu kah anda rokok mempunyai banyak bahan kimia antara nya ialah:


Huh.. bahaya nya!! Tapi kenapa masih merokok??


Sebab mereka ada alasan yang tersendiri!! Disini De'din ingin berkongsi tip-tips mengurangkan rasa ingin merokok.. INGAT YA INI BUKAN TIP BERHENTI MEROKOK!! CUMA NAK KURANGKAN JA!!
  • Sibuk kan diri anda dengan aktiviti
  • Minum banyak air kosong
  • Elakan berada keseorangan
  • Jangan bergaul dengan perokok
  • Banyak kan berdoa
  • Sebab mahu berhenti(senaraikan kenapa??)
  • Ingat lah orang yang tersayang



Anda masih merokok?? tak pa teruskan merokok jika ingin mati cepat.

Sekiranya anda dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dalam satu hari pun dikira sebagai satu kemajuan. Ingat MEROKOK merupakan salah satu punca penagihan DADAH!!


De'din say:
  • AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. (Amaran yang tidak diendahkan)
  • Katakan tidak kepada rokok!! Jika GF atau BF anda merokok tinggalkan mereka!! haha kejam nya
  • Pesanan khidmat sosial kepada masyarakat dibawakan khas oleh De'din
  • Menjana Malaysia yang lebih sihat




28 April 2010

Ok.. If that u want.. jalan lah!!


Once I start hating someone, EVERYTHING they do is irritating to me.

Dedin's: cukup lah dengan maksud di sebalik ini!!!

19 April 2010

Hijaukan bumi?? Jom bersama berganding bahu

Assalamualaikum,


Mari mulakan dengan apa-apa aja.


Baiklah mari kita mulakan dengan rezeki. Akhir-akhir ini saya selalu makan ceme. Tak tahu apa itu ceme?? Tanyalah orang utara mereka pasti tahu. Rezeki saya sangat murah. Sangat bersyukur dengan nikmat ini. Semoga Allah membalas kembali kebaikan mereka ini.


Saya pernah dengar ada orang kata “sekali ang belanja orang”. Nanti akan “ada sepuluhorangyang belanja ang balik tanpa ang sedar” Huh benar-benar kata-kata nya.




Jadi janganlah bersifat bakhil!!


Semalam saya dan otai mengajak kawan-kawan main futsal. Selepas semuanya setuju kami pun nak main. Semasa nak tempah gelanggang tiba-tiba ja penuh. Saya dan otai pun menyusun langkah seribu pulang ke hostel.


Lebih kurang pukul 8 malam ada dua sms dalam kotak inbox saya. Saya pon buka lah satu mesej berbunyi “alo.. fariz da mna??” manakala satu lagi penuh dengan “maki hamun”. Opss saya bukan sengaja tak nak beritahu tapi saya memang terlupa. Nak buat macammana kan benda dah jadi?? Jadi saya pun menyusun 10 jari memohon kemaafan.


Ada yang tak kisah. Tapi ada juga yang buat-buat bengang.Yang lawak ada pula yang kata ingat dengan perkataan sori boleh bagi kami cool ka?? Hehe itu saya tak pasti.


Hei !! itu lah lumrah hidup. Manusia pasti melakukan kesilaan jua. Macam lah depa tak pernah buat silap


Pagi tadi masuk kelas semua buat-buat nak merajuk. Haha. Tapi bukan senang nak merajuk dengan saya. Kononnya tak mau cakap dengan saya. Tak sampai setengah jam ja masa diperlukan nak sejuk kan hati mereka. Saya kan pandai memujuk. Haha untung sapa jadi awek saya!! Sekadar bergurau.


Sesi fotografi berlangsung tadi. Sebenar nya saya tak tahu kata kena tangkap gambar harini. Nasib lah Bob telefon saya tanya dia punya tali leher Barulah saya tahu. Tapi saya tak percaya !! mana lah nak tahu kut2 lah bob berpakat nak pekena saya harini. Sebab semalam depa kata saya perkena mereka.


Setelah mendapat kepastian daripada Irwan dan Otai saya pun mula percaya tapi masih was-was sehinggalah saya bertemu mereka. Sesi Fotografi bermula dengan baik dan lancar sekali.



Let’ go on!! Petang tadi pula ada diadakan Gotong Royong Perdana PTSB GREEN CAMPAIGN. Saya pun tidak ketinggalan untuk memeriahkan program ini. Saya sudah banyak kali menyertai acara seperti ini namun perjalanan program kali ini sepatut nya perlu diperhalusi agar mampu menarik minat pelajar menjayakan nya.


Berdasarkan keratan akhbar harian metro:


KEMPEN kitar semula yang masih jauh daripada matlamat yang ingin dicapai tidak harus dipandang remeh.
Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mempromosi kempen berkenaan, namun harus diakui pembabitan masyarakat menjayakan kempen itu belum boleh dibanggakan seperti diakui Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Tong sampah kitar semula misalnya, cuma dijadikan penghias berwarna di kawasan pembuangan sampah yang turut dilonggokkan pelbagai sisa buangan yang memusnahkan bahan yang boleh dikitar semula.
Mengharapkan fungsi Pusat Kitar Semula, berapa ramai yang mengetahui kewujudan pusat berkenaan? Bagaimana pula dengan masyarakat yang ingin memberi sumbangan terhadap kempen kitar semula namun tidak mampu melaksanakannya disebabkan kedudukan pusat kitar semula yang jauh dari kediaman mereka?
Kempen kitar semula bukan setakat melempar kertas, tin aluminium atau botol kaca ke tong khas berwarna biru, perang dan jingga namun matlamatnya lebih luas termasuk menyedari kawasan pelupusan sisa pepejal yang kian berkurangan.
Berdasarkan statistik, negara kini mengimport kira-kira 25,000 tan kertas terpakai sebulan sebelum ia dikitar semula untuk digunakan dalam industri percetakan. Namun, hanya 40 peratus daripada kertas yang digunakan itu dikitar semula manakala 60 peratus kertas terpakai itu hanya dibuang sebagai sampah.


Saya tahu ramai masih ramai yang tidak turun dan sedang tidur di kamsis. Sepatutnya kita perlu bekerjasama dalam menjayakan program seperti ini. Dalam usaha memulihara bumi yang kian tua ini kita perlu lebih bertanggungjawab terhadap persekitaran kita. Sebagai contoh gotong royong juga dapat membantu memusnahkan pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi.


De’din berharap agar masyarakat Malaysia mampu bersatu untuk menjamin persekitaran yang selesa dan kondusif untuk generasi akan datang.


De’din say: Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Kawan memang begitu Itulah lumrah hidup!!

Ingat lah Islam sentiasa menitik beratkan kebersihan

Hari tidak selalu cerah

Assalammualaikum,

Apa khabar semua?? harap anda semua baik sahaja. Kalau tak sihat cepat2 lah p klinik!! hehe :-)

Kali ini saya nak nukilkan tentang perjalanan Sukan Kamsis. Serba salah rasanya nak masuk yang mana satu. Bola tampar atau Futsal?? Seorang nak saya main futsal seorang lagi suruh saya main bola tampar. Kalau nak diikutkan saya memang nak main futsal tapi rasa macam malas ja sebab tak biasa main dengan mereka. Bola tampar pula tak cukup orang. Kesian mereka. Akhirnya, saya main futsal. Perghh, memang memalukan sangat kalah kedua-dua perlawanan.


Sebenarnya, saya dah agak bermain dengan orang yang saya tak kenal pasti begitu. Walaupun diri ini sebenarnya cuma ingin nak balas dendam yang masih membara pada semester lepas. Tapi segalanya tak menjadi nak clear bola pon saya blurr sebab tak dak support.

Lain pula kisah di gelanggang bola tampar. Mereka menjadi naib juara. Tahniah noh angpa memang hebat lah. Yang ni yang buat saya lagi panas. Rasa menyesal pula sebab tak main bola tampar. Hati kata Bola tampar badan kata futsal!! Lain kali fikir betul2 De’din!!

Hey Kota Kenari just wait for me!! Sekarang rasanya masa yang paling sesuai untuk keluar kamsis. Segala borang telah diambil Cuma tunggu masa ja. Insyaallah selepas pulang dari mendaki Gunung Bintang.

Oppss terlupa nak maklumkan hujung bulan ni insyaallah saya akan mendaki Gunung Bintang dalam usaha untuk mengejar impian mendaki Gunung Tahan. Doakan saya kawan-kawan. Tujuh orang bakal disingkirkan harap nya saya bukan dalam golongan ini. Sudah banyak yang saya usahakan.

Sekarang saya akan cuba mengeluarkan peluh walau apa cara sekalipun. Sekarang juga saya cuba mengawal pemakanan saya. Tiada lagi makan malam!! Saya bukan diet. Tetapi menjaga pemakanan saya agar tidak member kesan kepada diri ini.

Dalam pada itu saya juga banyak meminum air kosong. Tambah2 dalam cuaca yang tak menentu sekarang ni. Anda juga perlu minum banyak air kosong. Pesanan ikhlas dari De'din

Saya juga sedang sibuk bersama buku2 sekarang ini. Tidak mahu perkara yang sama berulang. Walaupun pointer sem lepas boleh dikira elok. Tapi sem ini cukup bahaya PB saya agak rendah. Jadi saya perlu study lebih lagi

Nantikan kemunculan De’din

Harap nya impian menjadi kenyataan.

De’din say’s: Yang lalu sudah pergi
Yang bakal akan menjelma

13 April 2010

Selamat Hari Lahir Abah

Assalamualaikum,

Serius saya tak perasaan langsung hari ni 13 april 2010. Rupa nya hari ni hari lahir abah saya. Maksudnya umur Abah dah genap 60 tahun.

Minggu ini main redah ja masa kelas. Minggu ni memang penat lah. Kenapa erk?? entah lah saya pun tak tahu nak jawab nak kata kerja banyak tak dak lah banyak sangat.


Walaupun Abah selalu 'beleter' kalau saya balik. Tapi saya tetap sayang Abah!!!!



Semoga Abah dipanjangkan umur dan murah rezeki di samping mak tersayang :-)

11 April 2010

Dari bola kepada luahan perasaan

Assalamualaikum

Bola mungkin bulat bagi kita. Haha. Permainan Bola Sepak sememangya memerlukan komitmen yang tinggi. Pendek kata bukan bola sepak ja semua sukan lah kan senang. Sabtu lalu kita dapat menyasikan aksi bolasepak yang hebat dan juga mutu pengadilan yang terbaik bak kata FAM. Hebat betoi noh mutu pengadilan.

Bertambah hebat apabila melihat pengadil yang sentiasa memberikan komitmen dari aspek meniup wisel. Bak kata orang muda-muda memang x dak can lah nak men bohong sebab pengadil memang peka. Memang terbaiklah FAM. Sebelum perlawanan adalah seorang daripada orang-orang FAM ni berjanji akan memastikan mutu pengadilan memng terbaik punya lah. Betul tak terbaik?? Jangan lah pertikaikannya sebab ianya memang terbaik.

Itu taksiran saya. Anda bagaimana?? Pasti berlainan kan!! Maklumlah kita makan di kedai yang berbeza.



Mengimbas kembali aksi TM Piala FA sabtu lalu. Saya tak pernah menyangka Kedah akan ke final terbeliak jugalah mata baca suratkhabar on9 (maklumlah kan free). Habis semua surat khabar on9 saya susuri . Semua kandungannya sama sahaja tapi tajuk tak sama.

Kenapa saya berkata begitu??

Cuba bayangkan ketika awal musim dahulu permainan skuad Hijau Kuning ni memang tempang sesangat-sangat. Rasa menyesal pun ada tapi apakan daya ini ja yang ada. Bak kata kawan saya layan ja lah. Tambah-tambah bila pi Stadium walaupun ada live.

Memang rasa menyesal. Tapi yang pelik saya tak pernah miss pi tengok walaupun menyesal!! Kenapa?? Anda nilai lah!!

LET’s back to previus!!

Untuk menyatakan kekesalan saya. Saya pun berkunjung lah ke laman sesawang www.hijaukuning.com. Disini saya cuba untuk memberi pendapat saya tentang permainan skuad kesayangan saya. Namun dengan penuh bangga nya pendapat saya disangkal otai-otai geng yang juga dikenali sebagai HKC.

Seingat saya, saya cuma meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu permainan kedah ketika itu. Saya juga menyebut tentang wang. Anda tahu apa itu wang??

Wang boleh didefinasikan sebagai sebagai suatu barang yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga lain. Misalnya, wang kertas dan duit syiling telah diterima oleh masyarakat Malaysia sebagai alat perantaraan dalam melakukan jual beli atau tukar menukar.

Kenapa saya begitu sensitif tentang wang. Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian selepas selesai menjalani latihan PLKN. Saya mengambil keputusan untuk bekerja. Selepas puas melilau mencari kerja. Akhirnya saya berjaya mendapat kerja. Walaupun ianya cuma profesion yang dilakukan oleh warga Bangladesh. Namun saya tetap bangga kerana saya tidak duduk di rumah dan goyang kaki sahaja. Kurang-kurang hujung bulan adalah juga gaji beda nak enjoy bak kata Nora Danish. Disini saya mengorak satu lagi langkah. Saya diberi kepercayaan menjaga wang sebanyak lebih kurang campur tolak kali bahagi adalah dekat-dekat 20k satu shift. Stesen saya kerja ni bukan calang-calanglah.

Di sini saya diajar tentang wang!!

Jadi saya sangat faham apa itu wang!!

Jadi saya ulangi

Jadi saya sangat faham apa itu wang!!

Satu kesilapan sahaja boleh menyebabkan gaji saya dipotong. Sapa nak gaji kena potong?? Kalau ada tolong lah komen. Oleh itu saya sentiasa berhati-hati ketika menekan desktop yang sebesaq tingkap tepi kereta waja.

Kembali kepada tujuan asal.

Saya menyuarakan ketidak puasan hati di dalam forum tersebut menggunakan kotak jerit. Saya Cuma komen daripada aspek tiket dan juga kesempoian games pada hari tersebut.

Nak tahu apa yang depa kata kat saya?? Kalau tak mau pun saya tetap nak menaip

Ala setakat tujuh ringgit apa lah sangat tu pun nak berkira.

Ya memang tujuh ringgit nilai yang cukup sedikit dan cukup mudah saya capai ketika bekerja dulu. Namun sekarang segalanya berbeza. Sekarang situasinya berbeza dulu saya kerja sekarang saya belajar. Saya yakin anda juga akan berkira sewaktu anda menuntut di mana-mana ipta sekali pun!! Kalau zaman sekolah tak kisah lah boleh spent sehari 50 kupang tu pun kes duk dapat duit dari FAMA. Kalau la ni jenuh lah. Memang lah dapat PTPTN tapi mna cukup bro!! kenalah juga berjimat tak kan nak biaq habis camtu ja.

Kalau camtu baik tak payah pi tengok

Yang ni lagi buat saya HOT. Ada ka patut dia kata begitu?? Mungkin ya mungkin tidak. Anda pasti bijak menilai bukan?? Football is half fun for me!!

Nak jadikan masak lemak cilia pi ni lagi sedap..

Adalah sorang mamat ni kata duit boleh dicari

Dengan selamba badaknya saya berkata kalau duk main bola tengah padang pun boleh jumpa sekupang dua!! Sekupang dua tu kan duit tambah saya. Maklum lah nak bagi sedap lagi masak lemak ni.

Kemudian dia kata kalau tak jumpa!!

Saya mula mati akai seperti ada batu yang menghentak kepala saya. Saya membalas pi lah cari tepi-tepi jalan pulak.

FAKTA yang anda perlu tahu duit ada dimana-mana. Disebabkan kelalaian manusia itu sendiri. Nak tahu lagi?? Ketika sedang leka bekerja saya bersembang dengan seorang apek ini. Apek bukan sebarang apek. Apek ini merupakan salah seorang lembaga pengarah dalam sebuah konsultan. Dia Tanya saya begitu banyak soalan kepada saya. Antara yang masih fresh di kepala saya ialah kenapa kamu kerja dkat sini x malu ka kawan-kawan tgk, berapa gaji kamu, dan kenapa kamu nak duit serta kamu buat apa dengan duit tu.

Dengan nada cina saya pun berkata “kawan apapasai saya mau malu keja dekat sini?? Apa pasai ma?? Gaji saya adalah dalam 5 enam ratus sebulan. Saya menabung dan enjoy!!

Kemudian dia kata btui cakap lu apa pasai mau malu?? Sini pun dapat gaji juga. kemudian dia bercerita ketika pengalaman nya sebelum bergelar. Malas nak taip panjang- panjang konklusinya begini kalau jumpa duit jangan ambil sekiranya tidak memerlukannya.

Apa yang dia cakap dekat saya. Saya tak nak taip!! Harap maklum

Sebelum beredar apek tu berkata sebenarnya cuma mahu tengok kamu punya spirit level. Sejak dari peristiwa itu saya sentiasa melayan dia.

Entah saya pun tak pasti sama ada statement dia atas masuk akal dengan persoalan di atas.

Sejak laman sesawang ini menggunakan Cjb.net saya dah perasan. Seakan-akan ada puak di dalam nya. Sehingga lah ianya bertukar.

Namun apakan daya saya bukan ahli bebayar!! Saya tak tahu situasi sebenar!!

Matlamat penubuhan HKC ini ialah untuk menghimpunkan peminat tegar!! Mungkin saya tidak tegar jadi saya tidak layak berada di sana.

Sebab saya cuma pergi kalau kedah menang!!

Kepala hotak!!!

Macam lah saya tau menang ka kalah malam tu!! Saya bukan dukun!!

Woi walaupun saya bukan ahli bebayar tak kan pendapat saya tak berguna langsung.

Sekali lagi kita kembali kepada topik

Persoalannya:

Adakah salah saya mempersoalkan tentang wang??

Penjelasan:

Anda membeli rumah dan projek itu terbengkalai . Sedangkan anda membayar setiap bulan. Apa perasan anda?? Berbaloikah pelaburan anda??

Adakah salah saya meluah kan pendapat??

Penjelasan:

Anda masuk ke sebuah gerai dan memesan mee goreng. Setelah pesanan sampai anda pun makan. Tak sempat lagi anda nak habiskan anda kata ‘x sedap kurang masin dan yang sewaktu dengan nya’ Kalau anda seorang yang suka makan!! Saya ulang jika anda seorang yang suka makan!!

Adakah anda beredar dari gerai tersebut tanpa membayar sesen??

Atau

Adakah anda terus makan sehingga habis walau pada hakikat nya tak sedap??

Anda pilih lah yang mana satu diri anda!!

Sekiranya anda berjaya memilih anda pasti faham apa yang saya taipkan disini!!

Entri kali ini saya ingin khas kan untuk Final Piala FA tetapi tiba-tiba ja teringat kisah yang berlaku sebulan dua yang lalu. Nantilah akalaou ada masa saya coretkan tentang Final.

Entri ini sama sekali tidak mencuba untuk mengaibkan mana-mana pihak atau pun badan-badan yang berkaitan . Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan entri ini sila lah tinggalkan komen anda. Saya juga berharap entri kali ini tidak menyakitkan hati sesiapa!!

Kalau terguris saya pohon maaf!! Itu saja yang saya mampu!!

08 April 2010

Ceramuk nya.. entah kenapa??

Salam semua,

Entah kenapa sejak akhir-akhir ni hati jadi gelisah semacam ja. Entah lah kenapa?? Tadi tiba2 ja p cari kawan-kawan tanya kut2 lah ada apa-apa x setel lagi. Harap semua nya dah setel lah. Nanti x payah fikir dah. Entah lah apa nak jadi kat saya rasa lain sangat-sangat sekarang ni. Elok habis kelas agama tadi terus balik bilik x sembang walaupun sepatah dengan kawan-kawan macam selalu. Kenapa hah??


Saya memang pelik sekarang ni bercakap pun kurang kenapa?? tpi bgus juga kalau jarang bercakap x banyak dosa. Apa yang saya fikir kan sebenar nya?? saya sendiri pun buntu!! mungkin study kowt!! semuanya serba x kena sem ni !!




Hei nak tahu lagi?? sekarang ni air jernih sedang membasahi pipi saya!! kenapa tolong lah jawan kenapa ianya berlinangan?? ketika ini juga saya sedang mendengar dan menghafal surah-surah hafazan untuk esok. Nak kata saya nangis sebab tah maksud ayat rasanya tidak. Sebab saya cuma tau baca ja saya x faham maksud kalo x tgk terjemahan.


Badan saya juga rasa sejuk ja entah lah segala-galanya mmg berbeza!! Ya Allah bantu lah hamba mu ini keluar dari kekusutan. Akhir kata, saya nak minx maaf kalo ada salah dan silap sepanjang menulis blog ini.


Dedin's: rasa lega sikit lepas tulis ni.. mungkin ada sesuatu rasanya!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...