Guru merupakan seorang insan yang penting dalam kehidupan kita selepas ibu bapa. Saya percaya jasa dan pengorbanan guru tiada tolak bandingnya. Andai anda seorang jurutera, peguam, doktor, akauntan, pelajar dan lain2 lagi pada masa kini. Semuanya bermula di bangku sekolah ketika anda diajar oleh seseorang yang bergelar guru.
Jasa guru bukan lah kecil !
Mengajar pelajar mengenal, menulis dan membaca nampak seperti kerja yang senang tapi mampukah anda melayan kesemua kerenah pelajar jika anda seorang guru ketika ini ? Mampukah anda ?
Kini Aku Kernamu nyanyian Firdaus penuh maksud tersirat !
Guru sekarang bukan macam dulu, Guru sekarang dah tak boleh beri hukuman kepada murid. Nanti muncul lah surat atau pun panggilan dari ibubapa murid tersebut. Itulah situasi yang dihadapi kakak saya sebagai seorang guru. Jauh berbeza dangan zaman persekolahan saya, ayah saya siap pesan lagi dengan cikgu
"kalau dia buat salah pukul lah supaya ianya menjadi satu pengajaran buat diri nya, semoga dia jadi insan yang berguna satu hari nanti !"
Namun kekayaan sebenar guru adalah apabila ilmu yang diajarnya berjaya difahami murid dan ianya digunakan pula oleh si murid untuk untuk kebaikan dan disampaikan oleh murid tersebut kepada yang lain. Jadi kekayaan guru pasti bercambah dengan ilmu yang disampaikan nya ketika di sekolah dan menjadi bekalan berguna di akhirat kelak.
Marilah kita mendoakan kesejahteraan guru-guru kita di dunia mahupun di akhirat agar mendapat keberkatan nya.
Akhirkata, Selamat hari guru ! teruskan lah menjadi lilin yang menerangi hidup seorang insan yang bergelar murid
De'din
- Berita baik untuk guru PM kita yang baik hati tu dah perkenalkan Kaedah baru kenaikan pangkat
- Dikesempatan ini juga sama-sama lah kita sedekahkan al-fatihah kepada guru-guru yang telah pergi meninggalkan kita semua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
- Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara