30 September 2011

Bertuahkah anda ?

Assalamualaikum,

Hai semua ! weeeee~  Sibuk tak terkata rasanya. Andai dapat pulang ke zaman kanak2 kan best ? tiada apa yang perlu difikirkan. Entah rasanya masam atau manis kehidupan sekarang. Tiba2 fikiran melayang.

Sebenarnya nak update tentang minggu ini dan minggu yang akan datang.

First, nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Syafiq Maula yang invite aku untuk join program dia. Program "Pemimpinku Hebat, Asramaku Sejahtera" yang telah dijalankan dalam kawasan kampus dan juga Taman Negara Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Penghuni Kolej Kediaman bertujuan untuk menggilap bakat-bakat kempimpinan di kalangan pelajar semester 1.

Sebenarnya aku nak minta maaf juga sebab x boleh bagi komitmen oleh disebabkan tu juga program tu kurang lancar dan x mengikut tentatif yang dirancang. Walaupun banyak halangan dan cabaran yang mendatang tapi aku yakin objektif kita untuk program ni telah berjaya. Dari semester dua rancang tapi semester lima baru jadi kenyataan. Harap lepas ni program ini akan dimasukan di dalam takwim :D

dah lama aku x dapat benda alah macam ni :D

Second, Aku rasa macam terlalu bertuah semester ini even terlalu sibuk yang entah apa-apa. Tapi semester ini lah yang bakal meninggalkan kenangan paling manis aku disini. Kenangan yang terlalu bernilai bertuahnya aku semester ini bermula dari awal semester. Setiap benda yang aku sertai seolah macam ada chemistry dengan hadiah.

Yang terbaru pagi tadi, dapat hamper menang catur even sebenarnya aku nak gula-gula dalam bakul tu ja. Tak sangka pula diorang sediakan hamper. Btw thanks juga kepada yang cabar suruh masuk tu. Asal masuk ja menang ! Itu lah yang menghairankan dan membinggung kan aku sebenarnya.  Badi kemenangan ni juga macam turut terkena tempiasnya dia kalangan classmate aku. Apa tidaknya, Classmate aku pon banyak juga yang menang-menang ni.


Third, ini lah yang paling aku teruja nak kongsikan. Esok aku akan bertolak ke uniten untuk join Asian Universities Build and Break competion 2011. Sebenarnya aku x tahu langsung kata group aku terpilih sampai lah malam khamis ketika kelas muet member aku bgtau. Memang terkejut tahap gaban jugalah. Arini bgtau esok prepare lusa terus pergi. Sebenarnya ini semua bermula ketika awal semester, time tu ada satu competion rekacipta jambatan.

Join program tu sebenarnya nak ponteng kelas ja. Tapi x sangka pula menang walupun cuma runner up. Siapa sangka right ? Group member aku pon time tu semua dah balik sebab x fikir pon akan menang. Cuma aku ja still tunggu sebab ada hal lagi. Teruja tergamam semua ada masa keputusan diumumkan. Dalam hati, betul ka group aku ni ? salah dengar kowt, sampai lah naik atas stage then tnya mc tu betul ke group aku ? then dia cakap ya ! macam x percaya ja !

Ini lah model jambatan yang kami pertaruhkan. Hodoh kan ? tapi sapa kisah ? 
Yang pening kaut nak tahan beban :)

Then, after few week lec cakap nak jumpa. Bila p time tu, lec cakap nak buat satu lagi pemilihan untuk ke uniten pemenang tempat pertama , kedua dan juara tahun lepas. Memang x puas hatilah kan sebab sebelum ni lec cakap 2 kumpulan aku dibawa ke uniten. Group aku buat pon main2 ja time tu sebab rasa macam ada something wrong. Dalam hati redha jalah. Mungkin x dak rezeki. Bila dapat tahu boleh p sana tu yang teruja sangat ! Doakan kejayaan aku disana:)

Cukup sampai disini sahaja (macam penutup karangan spm ja)


P/s: Semoga Bahagia Awak ! bye !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...