27 December 2009

SetAhuN BerLalU

Sekarang dah

aha..

tarikh ini antara tarikh keramat dalam hidup ku...

kenapa erk???

haha...

coz tarikh ni lah...

tarikh di mana aku telah menambahkan pengalaman...

uutuk menghabiskan sisa - sisa hidup ini...

KEM PLKN TASIK MERANTI...

menjadi saksi kepada kisah ini...

sebaik tiba...

aku terasa juga sebak...

tpi x lah menangis....

kat sini kawan ku bertambah lagi..

walaupun datang dari pelbagai pelusuk...

tapi kmi tetap mampu ..

bekerjasama dalam sebuah kompeni..

sedikit imbasan untuk kawan2 aku..

eqmal-> fuck girl around the world...

dirt-> cepat lah mad

rajan-> deh

aqil-> harap thn ni ang tido atas katil waktu birthday

kamil-> hidup memang kejam untuk aku

jan -> seorang pendiam yg kreatif

karthik-> perut aku sakit

jari-> harapan di kala wong sakit

wong-> seorang ketua yg boleh dirunding

naim-> berjiwa seni

wan->seorang yg agak mengambil berat

chin-> smile always

peng-> gangster cina yg kelolo

tiong-> burung kut?? hehe

alif-> penuh kelembutan

jat-> penuh saspens

pian->muka seposen

yih farn-> aha masih budak

arip-> langkawi boy



harapan aku semoga ianya tidak akan luput dari ingatan kita...

terima kasih x terhingga kepada

ckgu mie

ckgu bum

ckgu anuar

ckgu azim

ckgu nor

ckgu liza

ckgu subri



kerana membantu aku merwanai hidup ini...

perjalanan tetap diteruskan...

walau apa dugaan mendatang..



BRAVO...3X

ERGHHHHHHHHHHHHHHH



29 November 2009

Penat nya minggu nie

Minggu ni dan minggu lepas antara minggu tersibuk untuk diri ini. Bukan apa, cuma banyak kerja yang perlu disiapkan awal tidak diendahkan. Jadi sekarang terimalah nasib nya. Dulu nak cari duit sekarang masalah lah pula. Memang meletihkan juga bila waktu rehat diggangu. Duk tengah sedap tidur ada orang mai ketuk pintu nak print. Kadang-kadang pi kuliah pun tak senang handset asyik berbunyi ja. Apa nak jadi depa ni tak tau langsung menghargai orang. Kalau nak print mai lah waktu yang ok sikit.


Dah tu kawan-kawan pun lebih kurang ja. Kalau minta diskaun tak pa lah juga. Ni minta percuma. Tauke balak pun boleh bankrap. Ingatkan nak tolong depa sebab tu bawa printer tapi sebaliknya pula. Depa pula yang menyusahkan diri ini. Kalau macam ni lebih baik simpan ja kat rumah. Simpan kat rumah sapa pula nak guna?? Sabar ja lah dah nak habis semester dah sebulan ja lagi.


Petang tadi sempat main futsal di kfcc lawan geng DUT. Memang mengecewakan lah boleh boh sebiji ja assist pun sebiji juga. Entah apa yang tak kena?? susah sangat nak main elok kalau main dengan depa ni. Mungkin tak dak persefahaman lagi. Aku masih baru bersama mereka dalam 2 bulan ja. Nanti ok lah tu.


Mula dari minggu lepas juga ada ujian 2 pening juga dok memikirkan nya dengan kuiz lagi memang memenatkan. Ada seminggu ja lagi untuk kuliah lepas ni JUST GET READY FOR EXAM. Banyak lagi yang perlu dihabiskan. Hah, satu lagi memang bengang dengan subjek matematik kejuruteraan. Awat susah sangat tah?? dah tak tau nak sumbat kat mana dah dalam otak ni cara penyelesaian tapi tetap blur.


Tadi ada dengar laptop hilang. Tak tau lah laptop sapa tapi lepas ni kena alert lah. Dah lah tu badan pun dah penat nak mandi lepas tu rehat pula.


*di publish pada tanggal 9 November 2009

Nasib oh nasib


Huh hari ini hari yang agak malang bagi aku sebab…… sebab apa??? sebabnya printer buat hal… bila print kertas keluar senget… ntah apa bnda tah yang lekat… lma juga proses bnda tu… akhir sekali elok juga… lepas tu nak refill dakwat warna… dah setel isi dakwat bru perasaan warna magenta tertukar dengan warna biru… alamak!!! entah lah… lps tu cuba pelbagai cara nak sedut balik … puas juga lah tapi gagal juga…nak kna p bli len lah… terbang lah lgi duit.. dah lah laptop buat hal baru2 ni… kna virus apa ntah… smpai x leh nak clean…. nsib boleh gak… waktu mula2 bawa laptop… tak boleh nak buka internet… nsib skrang dah boleh… dah lah waktu p pnang minyak motor habis… apa lah nak jdi(nanti aku crita len)

Semuanya nasib kan… apalah nak jadi… ini semua ujian yang perlu dilalui.. dengan penuh kesabaran… sama ada penantian itu indah atau tidak…. tggu saja lah…

*di publish pada tanggal 21 Oktober 2009

Hari Lahir Syasya Kelmarin & Malam Merdeka

Hari ini hari lahir syasya. Bukan tak ingat tapi x sempat nak tulis. Syasya dah besar sekarang dan bakal punya adik pula tidak lama lagi. Rindu betul lah kat syasya lama tak jumpa. Happy Birthday to SYASYA HANA



Malam merdeka yang paling tak seronok rasanya tahun ni lah. Sebab puak- puak senior duk buat pala sempoi. Buat sportcheck lah konon nya nak cari mercun dengan rokok. Tapi tu lah manusia yang duk check tu pun hisap rokok. Apa lah nak jadi bangang woi.


Dah lah masuk kawasan orang buat sempoi. Siap kata otak kami otak SPM lagi. Membazir masa betul. Yang tambah membengangkan seterika pun dia nak rampas. Kononnya ianya telah disediakan. Pala otak dia bila masa ada tak tahu lah. Lepas berbincang dengan warden maka seterika-seterika tersebut dipulangkan kerana kemudahan belum dapat disediakan. Maka pakat tarik mukalah geng 2 yang rampas ni bukannya apa malu lah baru rampas x sampai sejam dah kena pulangkan. Banyak betul yang aku tak puas hati tinggal kat sini. Nanti aku sambung lain. Nak siapkan tugasan pulak.


Moral nya kalau nak jadi ketua ka pemimpin ka janganlah menyusahkan orang lain. Manusia oh manusia. Nilah malam merdeka yang paling membosankan. Bukan sebab bulan puasa tapi sebab mangkuk hayun yang gila kuasa mcm puak2 ni. Skema tak bertempat.


* di publish pada tanggal 30 Ogos 2009

Aku Masih Seperti Dahulu

Sudah sebulan lebih aku sambung belajar di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim. Ianya memang satu lagi alam yang berbeza untuk aku tempuhi. Pasti penuh dengan warna-warni kejutan. Nampak gaya aku bakal mencorak kain putih buat sekian kalinya. Yang pasti aku mesti meneruskan kembali langkah yang hampir terhenti dahulu.Walaupun ramai rakan seperjuangan aku telah beralih angin. Satu ketika dahulu aku pernah berkira-kira untuk beralih bidang tapi kenyataan nya aku masih lagi bersama bidang ini. Mungkin aku masih memerlukan bidang ini namun aku tidak pasti.


Adakah kerjaya dalam bidang ini masih lagi relevan untuk diri aku?? Itulah yang menjadi persoalan aku selama ini. Diri ini berasa berat untuk meneruskan tapi apakan daya hanya ini yang ku mampu untuk gapai di kala aku terhimpit. Setelah sebulan kembali bersama. Aku sudah terasa sinar yang menunggu di hujungnya. Ianya bagaikan permata tapi banyak lagi yang perlu aku lakukan. Aku perlu bersaing bersama kawan-kawan baru yang lebih hebat dan mereka lebih layak berada di sini jika dibandingkan dengan aku. Aku harapkan permata yang bersinar tetapi diri ini takut andai ianya hanya lah kaca .


Namun aku yakin aku mampu mengekori jejak mereka. Akan tetap kulangkah kan kaki ini andai apa jua halangan yang bakal menimpa. Aku tidak sanggup lagi mengecewakan mak dan abah aku. Biarlah ianya menjadi sejarah sebagai rujukan kepada anak cucu aku nanti. Aku bersyukur kerana masih ada tempat untuk aku melanjutkan pelajaran. Walaupun aku sepatutnya mendaftar awal tahun depan namun aku mendapat khabar gembira apabila aku ditawarkan lebih awal. Itu mungkin rezeki aku.

Seperti biasa aku masih perlu mengambil subjek yang aku tidak minat seperti matematik kejuruteraan dan sains untuk juruteknik. Walaupun ianya boleh dianggap mudah kerana bermula dengan tahap PMR. Hari ke sehari ia makin mencabar. Subjek ukur kejuruteraan berjaya menarik minat aku untuk. Ianya memang impian aku sejak bertemu bidang ini. Itu lah salah satu skop yang diminati aku dalam civil eng ini. Aku cukup meminati subjek ini kerana aku tidak perlu tersengguk-sengguk di dalam kelas. Subjek yang agak menarik perhatian aku tentunya bahan binaan dan teknologi konkrit. Tetapi sayang nya untuk semester ini tiada sebarang amali hanya teori sahaja yang diajar.



Rasanya cukuplah setakat ini dahulu setelah lama merehatkan tangan ini daripada menulis. Lagipun sudah lama aku menggunakan laptop yang dipinjam ini. Kawan ku ini yang tidak pernah berkira andai aku ingin menggunakannya. Saat ini kawan ku telah tertidur dengan nyenyak nya. Aku ingin bersama mereka melayari mimpi indah menjelang pagi esok untuk bangun sahur. Di sebalik diari ini. Aku ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada sesiapa yang mengikuti blog aku ini. Bersama lah kita beribadat seikhlas hati untuk mengejar keberkatan -NYA.


*di publish pada tanggal 27 Ogos 2009




gomoi kedah gomoi

Tepat pukul 7 aku dah keluar pi rumah kawan alif untuk pergi mwnyaksikan perlawanan bola sepak diantara pasukan tuan rumah Kedah bertemu Kelantan. Selepas mengambil alif kami terus menuju ke rumah mas. Disini kami berhenti menunaikan solat maghrib terlebih dahulu. Selepas itu kami bertolak dengan 4buah motorsikal yg diketuai oleh shaukie. Bosan dengan kesesakan lalu lintas akhirnya menyebabkan aku mengalah. Lalu mencari jalan alternatif yang lebih senang dan mudah. Setelah sampai di stadium kami rasa agak terkejut kerana jumlah kenderaan yg sedikit berbanding sepatutnya kerana ini perlawanan ini sememangnya amat ditunggu tunggu.


Setelah gagal berhubung dengan kawan kawan yg lain akhirnya kami mengambil keputusan untuk masuk dahulu. Setelah masuk aku meneruskan usaha untuk menyatukan kami yang terpisah. Sebelum perlawanan bermula mereka telah Berjaya mengesan kami. Akhirnya kami berhimpun. Ketika pemain edang melakukan warm up kami saling bertanya. Antara persoalannya ialah pemain tu nama apa?? Dia main posisi apa?? Dah lama ka dia main dengan Kedah?? . itu antara persolannya. Hampir 70% persoalan itu gagal dijawab oleh kami. Maklum lah dah lebih 2 tahun tidak dapat pergi ke stadium kerana smua nya tinggal d asrama. Dahlah tinggal di asrama lps habis SPM kena PLKN pula. Cuma mengikuti secara tidak langsung pasukan kedah maelalui surat khabar.


Sebelum perlawanan terdengar gelagat penyokong Kelantan yg begitu bising. Seolah olah mereka merupakan tuan rumah dgn laungan gomo kelate gomo . selepas mendengar laungan itu gendang Kedah pantas berbunyi melawan arus awe awe kelate. Sebaik perlawanan dimulakan ternyata apa yang dikatakan oleh peminat tanah air selama ini ada benarnya. Kedah mempunyai pemain pelapis yg berkualiti tetapi gagal menjadikan nya satu klebihan. Sewaktu babak pertama berlangsung rata-rata mata peminat hiau kuning tearah kepada penjaga gol Kelantan Halim Napi. Yang banyak bertindak menyelamatkan cubaan berbahaya pemain kedah yg bagaikan tidak mempunyai penyerang. Terpegun kami dengan gelagat nya walaupun sudah tua namun masih gagah. Tiba tiba ada suara suara sumbang yg mula bergema tidak senang dengan ketangkasan beliau. Setelah diberikan sepakan penalti . nyata sorakan lebih 28 ribu penonton yang membanjiri stadium darul aman masih sehebat dulu dengan dibasahi hujan renyai2. Penalty yang Berjaya disempurnakan oleh badrol bakhtiar disambut dengan sorakan. Setelah selesai babak pertama


Ketika masa rehat berlalu tiada apa yang dapat dilakukan. Masa bergerak begitu pantas baru sahaja ingin menyusun langkah untuk membasahkan tekak yg sudah kering. Kelihatan pemain Kelantan sudah masuk ke padang. Babak kedua bermula dengan penuh harapan. Tapi saying harapan mengunung setingi gunung keriang musnah dalam masa kurang daripada 5 minit. Jika diperhatikan kesalahan pak long dan victor menjadi punca kekalahan kedah namun ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik itu. Sebelum bola itu datang kepada mereka. Bola itu semuanya datang dari kaki pemain ber jersi 8. Akibat permainan pemain ini yang hilang punca dan tidak tentu arah. Mungkin juga disebabkan oleh ketiadaan support.





Akhirnya kami pulang dengan rasa penuh kecewa tumpas 2-1 di arena sendiri. Tapi ini bukan lah penamat kepada sokongan kami. Cabaran afc akan aku hadiri jika mempunyai wang. Kerana ini merupakan masalah aku untuk ke stadium. Apa pun jadikan kekalahan ini sebagai iktibar.



*di publish pada 6 April 2009

Kemas Bilik


Lega rasanya dah siap kemas bilik tak serabut lagi. Ni kali ke dua kemas bilik sejak balik plkn. Kalau tak kemas macam sarang tikus ja. Tapi lepas kemas nampak la mcm bilik manusia. Esok ada futsal malam ni kena tidur awal lah. Takut letih esok. Lagipun nak bangun awal sok nak buat fitness sikit. Takut tak cergas susah. Dah lama tak bersenam. Jadi esok aku akan pastikan aku jaringkan gol seberapa banyak yg boleh.
Senyum selalu

huh

Semalam aku sempat pi Sekolah darulaman bersama Emir, Alif dan khairi. Banyak btul yg berubah kat sekolah. Cikgu yg ajar kmi pun dah tak ramai. Masuk bilik guru trus p kat cikgu Radzif. Ternampak emir dia pun berkata idop lgi ank noh. Antara cikgu yg ada kat situ cikgu jafri, aziz, ustaz rohami. Lepas berborak kmi pun mengundurkan diri. Kali nie kami beralih kepada ustazah adilah dan cikgu faridah lma jugak berborak kat sini tentang masa depan kmi yg masih blum menjelma. Sebelum berundur dri blik guru ke pejabat kmi sempat bertemu cikgu hafizal (pak tam).


Kami pun trus mengaturkan langkah ke pejabat untuk mendapatkan pengesahan slip SPM maklum lah masing masing jauh merantau ke negeri orang. Setelah bertemu kerani di pejabat dan memberitahu hajat kami ke situ dia pun memberikan nya kepada cikgu amah (pk hem) setelah berborak agak panjang kmi pun mengatur langakah untuk pulang. Tetapi rasa blum puas berada di situ.


Aku mengorak langkah untuk bertemu cikgu balkhis yg sedang mengajar diikuti emir. Alip ngan heri tggu diluar. Cikgu terkejut ketika aku masuk dan dia berkata ingatkan owg mai jual apa. Lepas tu dia pekenal kan aku kat pelajar2 dia. Aku lri keluar time tu. Selepas berborak kmi pun mengundurkan diri kerana tidak mahu menganggu kelas nya.
Kmi menyunsun langkah ke bilik kaunseling bertemu dengan cikgu radhi. Dia menjemput kmi untuk memberi sdikit ceramah tentang keseronokan setelah berpindah sekolah. Aku duk fikir juga nak ckp apa nanti?? Dia kata nanti dia akn call untuk buat ceramah tu. Lepas tu kmi pun beredar ke stadium untuk minum. Kat situ emir blanja.


Waktu nak blk kmi pun ke moto. Ketika berada d tmpt letak moto aku bertanya kepada depa lawan futsal. Setelah mendapat jawapan positif daripada depa. Aku pun pulang ke rumah. Sampai d rumah aku trus sms det nak set lawan futsal kaki yg ptah, kaki carik kna jait 9 jarum..’.
Aku ingatkan mak ngan abah aku ja eksiden. Waktu tu aku nak baru balik dri melawat anak buah aku Dina. Sewaktu pulang aku memotong moto abah ku dan meninggalkan mereka d belakang. Sebaik sampai d rumah aku pun membaca surat khabar dahulu sblum masuk ke dalam rumah. Waktu aku sampai rumah lebih kurang pukul 12. Lepas selesai membaca paper aku pun buka komputer dan melayan fs dan ms. Perut aku dah berbunyi lapar. Awat x sampai2 lg. Aku pun trus berfikiran positif mak aku b bli nasi lps tu jumpa kawan2 atau singgah kat hospital melawat orang sakit.


Tiba aku tgok kat luar ada sebuah kerata myvi warna hitam diluar. Aku duk kata dalam hati sapa pulak mai nie?? Tba2 mak dengan abah aku keluar daripada kereta tu. Aku pun plik bin hairan ketika itu. Aku tgk baju abah aku ada lumpur. Aku rasa ayah aku eksiden ni. Aku tgok kat keta tu x dak kemek pun. Rupa2 nya abah aku elak dri lnggar keta tu trus masuk ke dalam parit. Mujurlah ada budak2 cuci keta kat depan tu trus angkat ayah aku dgn pantas . moto rosak kena rm 60. Tpi abg yg naik keta tu yg bayar.





Dalam kereta pulang ke rumah aku selepas ke klinik berualang kali dia meminta maaf. Abah aku kata nak buat cam mana benda dah jadi. Berbalik kpd futsal pulak. Tak jadi lah nampaknya nak lwn team dia. Aku pun kembali menyusun stratergi mcm mna nak main. Tiba tiba terlintas dfikiran aku untuk ajk kwan2 lama join skali. Antara yg akan terlibat aku,emir, alif, heri, syed, itik, dan 2 oarng lgi akan diuruskan oleh emir. So ahad nie kmi akn bertemu kembali. Kami akn bermain d SAGA alor mengkudu.

Anak Saudara

Hari ni sempat melawat dina anak buah kedua.. disamping syasya hana… sibuk ja dia kacau baby dina.. mcm2 btul lah…. cuma yg x best dina tak terjaga dari tido . waktu nak blk bru bgn… lps tu trus p mkn kenduri kat pendang… sdap lauk nya… oklah esok kita sambung lagi...



Have a nice day snyum slalu

assalamualaikum...



Kepada mereka yg membaca. Sabarlah baru nak mula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...