30 July 2010

Tazkirah Remaja: 15 tanda kematian mulia

Assalamualaikum,

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?



Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:


1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)


2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)


3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:


“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)


4. Mati syahid di dalam medan perang.


5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?


Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.


Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”


Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”


Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)


6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:


Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)


7. Mati kerana tenggelam.


8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.


Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)


9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.


10. Mati terbakar.


11. Mati kerana penyakit busung perut.


Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)


12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).


Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)


13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”


15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”


16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.


De'din

  • Hidup hanya sekali.. Jadi jgn persiakanya
  • Sebenarnya tajuk ini digunakan untuk tazkirah sem lepas..

17 July 2010

Kanvas yang terukir kembali diukir!!

Salam semua,

Disaat ini semua nya sibuk membincangkan tentang lawatan ke Pulau Pangkor. Tapi saya tak rasa langsung nak join diorang untuk memberikan buah fikiran. Yang pasti saya tetap akan join diorang ke sana.

Semalam punya lah semangat nak makan KFC. Beratur punya beratur sampai lah turn kawan dedin. So macam besalah ayat cashier tu selamat datang. Then nak order lah. Boleh dia kata waktu dah habis kalo nak makan kat situ. Terus rasa kecewa. Penat oo beratur. Tapi dalam hati kata x pa lah jimat sikit duit minggu ni kalo tidak laju ja keluar..

Dek sebab kawan dedin nak sangat makan KFC. Maka pergilah lagi ke branch yang len. Yang kedua pun sama ja. Sampai yang ketiga baru boleh makan. Dedin ambil snack plate ja!! tu pon kekenyangan yang amat sangat!!

Tapi bukan tu yang dedin nak kongsikan. Tapi yang seterusnya!!

Balik rumah then buka fb. Ada owg tag dedin lah. Waktu zaman muda-muda dulu. Tgk lah gambar kat bawah ni. Hensem tak dedin?


Cuba teka mana satu dedin ? haha

Wohooo, kenangan lama kembali menggamit. Kayuh 'geret', cinta monyet, komik anak2 sidek, 'jengket2', 'tuju lemak', 'toi' , 'bekai' dan banyak lagi. Tak sangka hampa ingat lagi dedin.

Kisah yang paling x boleh dilupakan ialah kepak pembaris kayu cikgu math dedin. Dedin marah sgt tyme tu sbb baru lps kena cabut gigi. Kemudian teacher soh buat apa entah. Tyme tu lah dedin kepak pembaris tu. Jahat nya Dedin!!

Wah, nampak gaya kanvas yang pernah dedin ukir kembali menerjah fikiran. Sambil otak penat memerah mengingati zaman lampau. Otak dedin dah macam mesin perah santan dah. Sampai pening sbb nak try refresh kenangan lalu.

Maaf ya kawan2 sbb dedin ambil masa sikit nak ingat anda semua.

Dedin
  • Fb kembali mengukir zaman silam dedin
  • Trauma dengan doktor gigi
  • Senyum selalu =)
P/s: Maaf jika ada yg x faham entri ini.. bnyak terselit loghat utara.. tapi x lah pekat sangat..

15 July 2010

Naik lagi!!




Huh, naik lagi rupanya!! Elok tahu nak naik trus de'din p isi tadi. Sekarang ni full tank lah. Ajak kawan-kawan tadi tapi diorang buat 'do no' ja. Ambil kunci motor terus calooo. Hah lepas ni jangan dok merungut minyak naik sudah.

Tapi perlu kah harga minyak dinaikkan??

Saya rasa tidak! Walaupun cuma 5 sen tapi sememangnya membebankan. Tambah-tambah lagi bagi saya sebagai seorang pelajar yang tinggal di rumah sewa pasti terasa.

Teringat waktu kerja kat stesen minyak dulu. Kalau tyme harga naik ni memang berjela lah kereta nak isi. Penatnya juga x terkira lah. Baru pukul 8 dah boleh balik sebab minyak dah habis kalo tidak pukul 11 baru balik. gaji pown bos double hari tu.


Apa?? x percaya harga minyak naik?? nah KLIK SINI jgn kata minyak gula pon naik juga.

De'din
  • Rabak lagi lah duit
  • Kan best kalo minyak ganti dengan air.. mesti murah kan
  • Senyum selalu walau harga naik :-)

13 July 2010

Anak Buah Pertama


ni lah Syasya


Ni anak buah pertama saya nama penuh nya Syasya Hana Saiful Azrul. Dalam usia yang masih kecil sebegini banyak yang akan dipelajari. Belum dapat membezakan yang mana betul dan salah dengan sewarasnya. Kepetahan syasya menyapa orang kadang membuatkan walid nya risau.

Jom tengok situasi ini.

Kejadian 1

Dalam lif ketika kami sekeluarga hendak keluar makan malam. Seorang wanita masuk bersama bayinya yang berkulit gelap. Lalu keluarlah dari mulut Syasya, “Umi, baby tu hitamlah”.

Terkedu isteri saya yang berada dalam lif itu. Nak ditegur pada waktu itu, memang sukar kerana Syasya jenis yang akan bertanya sebabnya. Kami terpaksa menerangkan kepada Syasya, mengapa perbuatannya salah dan mengajar agar setiap kali berjumpa baby, kena kata, “Baby tu comel”. Alhamdulillah setakat ni Syasya menurut nasihat kami.

Kejadian 2

Juga ketika di dalam lif sewaktu hendak ke tadika. Mulanya dalam lif itu ada dua wanita muda dan seorang lelaki dewasa. Sampai di tingkat dua, seorang wanita cantik masuk tetapi saiznya besar (Bukan gemuk tetapi memang jenis rangka besar dan tinggi dalam 1.8 meter tetapi ada bentuk badan yang menarik).

Lalu terpacul dari mulut Syasya, “Perempuan tu besar la”.

Terkedu diri saya lalu Syasya menyambung, “Yang baju warna hijau tu”.

Adoi! Terus direct kepada wanita yang baru masuk tu. Terus saya mencubit bahu Syasya dan Syasya terus menangis dan berkata, “Walid cubit Syasya!” Adoi, kantoi la pulak… Terus saya berdalih, “Bukan Walid cubit, terkena kunci Walid la”.

Lalu Syasya berkata, “Ooo…” dan terus berhenti menangis.

Kemudian terus saya jelaskan kepada Syasya bahawa tak boleh kata sebegitu dan bila jumpa perempuan, kata cantik.

------------------------------------------------

Wohooo.. Kan saya dah cakap dia masih dalam proses mempelajari dunia. Sebenarnya saya kurang arif tentang budak2 ni sebab saya x dak adik. Btw, Syasya lah budak pertama yang saya dukung walupun umur ketika tu dah masuk 16 tahun dah. Sebelum ni saya tak pernah dukung mana2 baby. Sebab saya takut sat lagi jatuh pula!! hehe maklum lah saya kan x da adik jadi tiada pengalaman macam orang lain.

Sekarang Syasya dah pandai membaca dan menulis. Jadi ketika di nurseri Syasya diletakan bersama kanak2 lain yang berusia 5-6 tahun kerana takut dia bosan dengan benda yang dia dah kuasai.

Kalau nak tau lebih lanjut KLIK SINI

De'din:

  • Semua sekali saya ada tiga orang anak buah Syasya, Irdina, Syafi
  • Rindu mereka.. mna tak nya Setahun 2-3 kali ja jumpa.. kecuali irdina
  • Syasya ni akal banyak tau!!
  • senyum selalu :)

Penangannya berakhir

caya lah!! Malaysia Boleh!!

Biar betul paul ni?? Malaysia menang lawan spain. Ni mesti men tuju kasut kan? Eh2 tapi kenapa ada gambar bola??

World cup baru sahaja menutup tirainya. Semua doktor pasti dapat bekerja dengan jayanya dan tiada lagi pesakit yang berpura2 sakit semata2 untuk mendapatkan MC. Bisnes kedai2 mamak pun bakal berkurang lah sikit berbanding sekarang.

Lepas ni tiada lah status di FB yang sering jatuh menjatuhkan semata-mata kerana bola. Tiada lah pertikaman lidah lagi.

Apa2 pun tahniah diucapkan kepada Spain kerana menjurai WC

wah.. syoknya julang piala!!

Hidup Sepana.. Eh2 silap lah Hidup Espana!!

Dan last but not least, kepada penyokong belanda jangan lah sedih sebab kalah. Kita kena ingat walau siapa pon menang. Kita xdapat apa pon dari mereka.

De'din:
  • Jangan percaya dengan paul. Tu semua secara kebetulan sahaja. Jaga akidah kita!! jangan taksub dengan semua itu.
  • Malaysia juara tuju kasut 2014 ni!!
  • Malaysia Boleh
  • Senyum selalu :D

11 July 2010

Taklimat Latihan Industri

Salam semua,

I'm really confius right now. Huh, sekarang dah sem 3. That means sem depan sem 4 lah. Sem 4 ni kena buat LI. Kenapa??

Sebab saya dikehendaki menjalani Latihan Industri selama 22 minggu sebagai salah satu syarat wajib bagi penganugerahan Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tapi saya pening sangat sekarang. Kenapa?? yelah mana tak peningnya nak pilih govmen ke private?? nak p yang ada kawan ke x?? syarikat mana?? nak ke dia ambil??

warghhh, saya ada masa 3 bulan ja nak cari tempat nak LI ni. 3bulan lama tu. Mana ada lama pejamcelik2 cukup lah 3 bulan. Senior kata kalo pergi private dpt elaun. Macam best ja kan. Tapi saya bukan nak tu saya nak pengalaman. Ada juga senior kata kalo LI kat gov silap2 keja lipat kertas ja lah.

Ada sesiapa ada suggestion untuk saya? kalo ada leave lah comment kat bawah tu.

OK.. Full stop fasal Li

Sekarang let move to the FIFA FINAL WORLD CUP 2010!!


Tak sangka pula Spain ngan belanda masuk final! macam tak logik ja kan. Tapi tulah bola! Bola tu bulat. Apa2 pun semoga Spain menang WC tahun ni. Sebab saya sokong Spain!! Tu pon sebab Malaysia tak masuk WC. Bila rasa nya nak dapat kumpul ramai2 bersorak menyokong Malaysia macam penyokong Jepun dan Korea buat sekarang. Malaysia bila lagi?

De'din:
  • Saya nak LI belah2 Alor setar ja
  • Hidup Spain
  • Menanti bila nak sokong Malaysia
  • Senyum selalu :-)

10 July 2010

Civil engineering t-shirt!!

Cepat pastikan anda memilikinya
Mari bersama gegarkan PTSB dengan auranya
Baju Civil Engineering
Abadikan kehidupan kampus anda dalam sehelai t-shirt
Memegang kepada prinsip

‘Yout t-shirt, our style’

p/s:klik untuk lebih besar

Kualiti sememangnya terjamin

Berikut ialah senarai harga:

RM 26 Baju lengan pendek
RM 28 Baju lengan pendek+kolar
RM 28 Baju lengan panjang
RM 30 Baju lengan Panjang+kolar
RM 35 baju lengan panjang+labuh lebih 5 cm (muslimah edition)

Untuk maklumat lanjut:

Sila emelkan ke undefineddignity@yahoo.com
Atau
Atau melalui facebook, myspace,tagged,friendster,formspring dengan emel diatas
Atau
layari kamsisptsb

Jangan lepaskan peluang bergaya bersama rakan-rakan anda!!

P/S:
  • Istimewa untuk pelajar semester 1!! Jika kesemua rakan kelas anda membeli baju ini. Sehelai t-shirt akan dihadiahkan kepada penasihat akademik anda sebagai tanda penghargaan.
  • Tarikh tutup order ialah 22 julai 2010
  • Entri ini khas untuk siswa siswi PTSB
  • Senyum selalu =)

So don’t hesitate to order with us now and prepare yourself to wear an exclusive t-shirt. You got nothing to lose!

09 July 2010

Susahnya ada kawan, senangnya nak berkawan

Assalamualaikum,

Betul tak??

Susahnya ada kawan, senangnya nak berkawan!! Tepat sekali sebab itu sekarang saya cuba untuk tidak menambah jumlah kawan saya. Sememangnya saya tak berminat lagi nak berkawan!!

Laptop saya rosak 3 minggu yang lalu. Bila dah rosak mestilah pergi repair kan? Jadi meranalah saya untuk 3 minggu yang baru berlalu. Nak buat apa semuanya susah. Adalah saya minta pinjam laptop kawan tapi semua muka macam tak ikhlas langsung.



Lepas tu terus saya teringat waktu mula-mula beli laptop ni. Waktu tu ramai kawan-kawan saya yang belum ada laptop cuma 2-3 orang saja. Waktu tu kalo diorang nak guna saya tak kisah langsung. Kadang-kadang pinjam sampai sehari dua tak pulang-pulang kan sampai nak kena tuntut.

Tapi sekarang bila laptop saya rosak saya nak pinjamlah bukannya lama pon!! Tapi macam hampeh ja.

Dan yang sangat-sangat terbaru.
It's not complicated yet!!

Dekat alor star mall ada pc fair. Saya ajak lah beberapa kawan nak minta teman p sana. Tapi cuma sorang ja yang nak ikut. Yang sorang ni pon satu!! dah tau tak boleh mai jangan lah janji. Pergilah saya merayap sorang2 sana-sini usha!! Then bila dah habis balik lah dengan barang yang tak seberapa tu sambil dapat free gift yg comel.

Dulu ada lah sorang kawan dia ni budak selatan. Satu hari tu saya ajak dia balik rumah saya lepas tu bawa lah pusing-pusing bandar yang raya ni. Then, dia kata 'bestnya ko banyak gila kawan.. p sana ada p sini ada' lepas tu dia kata lagi 'teringin nak ada kawan ramai macam ko'


Saya senyum jelah dengar dia cakap. Tapi saya kata JANGAN dan saya tak teringin nak berkawan lagi. Sebab kawan ni macam 'kuaci'. Betul ke?? cuba fikir tengok!!

Nak berkawan memang senang tapi memang susah bila ada kawan. Langkah terbaik sekarang jangan berkawan. haha!! ^_^

De'din:
  • Bertambah semakin kurang -->Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.
  • Adat lah nama pown kawan..]]
  • Kawan ketawa senang dicari!!
  • senyum selalu =)
  • Dan khas untuk kawan yang kawan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...