26 January 2011

Tahun arnab

Salam,

Kali ni nak share sedikit tentang perayaan Tahun Baru Cina, terutamanya tentang tahun arnab.

arnab ialah sejenis haiwan yang comei... heee~ erm mengarut lah,, yang sebenarnya macam kat bawah ni,,

ARNAB adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. 

Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain. 


Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. 

Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.


De'din : 
  • nampak gayanya tauke dedin lgi kaya lah tahun ni !
  • senyum selalu =)
Btw, jangan lupa join contest dedin !hadiahnya ialah sehelai tshirt anak negeri pilihan anda !

09 January 2011

Sepanas rojak kari gulai berapi cili padi sambal belacan !

Salam untuk semua pembaca/reader yang masih sudi membaca blog De'din dan semakin lama semakin suam2 kuku macam hidup segan mati tak mau. Tajuk entri macam panas ja kan. Btw, tajuk ini hanya untuk menghangatkan kembali penampilan semula rakan blogger saya yang sudah lama menyepi. Katanya blog nya akan kembali mengegarkan fenomena blogger dunia. Walau macam mana pon saya tetap menyokong dia sebagai salah seorang bff saya. Apa lagi ? jom lah terjah blog dia !


Nantikan kemunculan blogger yang pernah mencetuskan fenomena blogger di PTSB




Oh ya hanya tajuk sahaja untuk menghangatkan . tapi isi nya tidak yer ! harap maklum.


Oh ya sekarang !


semakin hari semakin dikenali
semakin hari semakin disenangi
semakin hari semakin hitam gelap
semakin hari semakin gemok berisi
semakin hari semakin menambah kaki
semakin hari semakin menghitung tarikh akhir
semakin hari semakin memahami adat resam di site, 
semakin hari semakin berani membuat keputusan sendiri
semakin hari semakin pening melihat pelan2 strucuture yang kacang
semakin hari semakin mengetahui 'oh tidak saya x nak keja macam ni'




p/s: cukuplah kowt dengan update seringkas ini !
      picture dicuri tanpa kebenaran !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...