31 December 2010

Hey blogger !

Salam,


Wohooo ! macam mana nak tulis blog erk ? dah lupa lah pula bila lama x update ! Ada sapa2 nak tolong ajarkan ? eh2,, silap2,, macam mana nak buat starting paragraph pemulaan entri. Macam mana erk ? baiklah disebabkan tiada siapa yang sudi. Jadi saya hentam ja lah.


First, sekarang sangat sibuk dengan Latihan Industri (LI) dengan salah sebuah firma construction di Alor Setar. Tempat ni merupakan antara firma pembinaan yang terbaik, terhebat, terkemuka di Kedah. act, seblum ni x tahu pon. heee !




LI kat sini best lah juga tapi bila hari2 dok kat site yang panas memang letih lah ! dah macam mat2 bangla Dah semakin gelap sekarang bagaikan kembali ke zaman plkn. Dan agak membosankan bila tiada kawan ! Dan apalah yang lebih menggembirakan di site selain panjat backhoe dan sembang deraih kosong ngan driver nya !


Ni lah site saya !



yang hang p sembang ngan driver backhoe buat pa ?


yelah yang tu ja yang ada selain site supervisor ! yang len semua bangla,indon, burma. Kalo ada awek boleh lah juga ngorat sakat-menyakat !


Kalau nak juga jumpa awek kena lah balik main ofis, hehe.  tpi awek2 tu semua nya titile kakak. haha ! Btw, thanks to kak niza, kak bee dan kak ika ! special thanks to kak niza sebab dia lah owg yg pertama saya jumpa tyme antaq resume nak LI dan sambut tyme saya datang li dan yang terbaru ketika men bowl aritu. kalau kak niza x dak memang kekok lah saya. Kalo x mesti saya jdi pendiam aritu.


Dah sebulan 'berkerja' memang mematangkan saya. Akhirnya dapat juga merasa kepenatan berkerja yang rupanya meletihkan.  bila dah genap sebulan paham2 ja lah. Mesti ada benda2 yang ditunggu2. Apa lagi kalo bukan gaji elaun. Kelmarin ada dapat satu mcg yg soh p ofis jumpa miss kee untuk ambik elaun tapi aritu hujan so x p lah lagi. So, esok saya nak p ambiklah ! weeeee !




Btw, tahniah kepada pasukan malaysia ! yang berjaya menjulang Piala AFF buat pertama kali. Satu lipatan sejarah yang bakal diingati semua. Sempga kita kembali menjadi gergasi asia !




TANAH TUMPAH DARAH KU
De'din:
  • It's look like i need to remove my cbox for a while ! Sorry blogger
  • Akhirnya umo saya meningkat lagi beberapa hari lepas.. thanks kepada semua yg wish,, 
  • looking for a new one 
  • btw, happy new year ! hope all your dreams and wishes come true !
  • senyum selalu =)

24 November 2010

Korban Raya Story

Salam,

Tajuk ntah apa2 grammar dier !

Btw, sebenarnya De'din nak citer pasal raya korban kali ni. kali ni De'din buat day by day bermula dari hari selasa.


|Selasa |16/11/2010| senja |


Ketika sedang leka bermain FB tiba2 kawan De'din buzz ! maka terjadilah babak ini :


S         : woii esok jemput mai rumah aku
De'din : buat apa ?
S        : buat apa lagi mai raya lah !
De'din : ang gila ka esok ? raya apa awal2 ?
s         : awat nya ang raya bila ? ang ikut mazhab mna ?


lepas rasa macam ada something wrong, De'din pown p tanya mak De'din . Esok raya erk ? mak De'din kata yelah esok lah raya !


De'din pon kata ooooo.. Patutlah mak buat ketupat dah !

Lepas tu cepat2 masuk bilik sambung chat :


De'din : saja melawak (cover malu ) hihi
S        : ha lah.. esok jgn lupa mai


Selesai ja solat maghrib terus bertakbir bersama keluarga ! tapi raya kali ni x cukup kuata. tapi raya tetap raya !


|Rabu|17/11/2010| Subuh|


Lepas ja solat subuh sekali lagi bertakbir bersama lepas tu bermaafan, Then breakfast, buka lappy, Sedar2 dah tido ! haha

Mak De'din kejut dalam 7:45 macam tu lah ! soh mandi semahyang raya. De'din pown kata awal lagi lah mak adik nak tido sikit ja lagi .

Bila bangun tengok jam Dah 8:15. dalam hati berkata alamak sembahyang kul 8:45 sempat ke x ni ? Mandi2 terus cri baju melayu. Alamak mana pula baju ni (tyme ni bilik mmg selerak sbb baru ja sampai rumah)

Dah jumpa baju butang pula x jumpa, last sekali De'din rembat butang kawen (butang len2 jenis)

Sampai ja surau owg dah bangun nak solat. nasib sempat !


lembu yang bakal dikorbankan keesokannya 


Stop sampai situ !
ada lagi sebenarnya.. tpi x menarik !



|khamis| 18/11/2010| Pagi |


Bangun solat subuh !
lepas tu macam biasa lah ! Zzzzzz

then dalam pukul 9 dah jaga ! Sebab dengar bunyi bising yelah arini abg De'din buat kenduri aqiqah untuk anak dia yang ni

Irdina Qasrina

Lepas tu mak kata p lah surau tolong orang lapah lembu. tyme De'din p tu ada sekor lagi yg belum sembelih. Apa lagi De'din pown tunjuk lah keheroan De'din !

Apa x percaya ? tgklah gambar kat bawah ni :-



waktu ni Lembu ni tgh mengelupor 

kali ni dah rasa ok dah !

 
akhirnya !

Hari tu memang penat lah ! Badan pown bau lembu ja !



De'din :
  • Rasa macam tunging langang ja ayat !
  • mesti ada yg rasa entri raya korban dah basi 
  • btw, Salam adil adha dri De'din
  • senyum selalu =)



21 November 2010

Bila lelaki macho vs awek cun ! apa jadi ?

Jom lihat komen kat fb ni !
Lawak ja bila dengar ..
Enjoy it !

Let' vs
Boy : NO WOMEN NO CRY…. NO WOMEN NO PROBLEM…

Girl : eleh…

Boy : Perempuan terlalu tinggi sgt ego.. lelaki rilek ja.. huhuhuhu

Girl : lelaki kuat tipu… mainkan perasaan owg je..

Boy : Yg 2 dh mmg tabiat lelaki.. pompuan pun sama ja.. 2x5.. huhuhu

Girl : pmpuan ngan laki mna das ma ekk..

Boy : mmg la x sama,, tapi perangai pompuan sma ja ngan laki.. 2x5.. huhuhuhu

Girl : pompuan klau syg 2 sungguh ek.. sb 2 mdah kna tipu ngan laki..

Boy : Llaki pun syg sgguh jgak tp pmpuan ni snang sgt berlaku curang.. pantang nmpk llaki len,,cair ja.. huhuhu.. 2 la pmpuan...


Let's start

Girl : mna da ek....laki 2 klu nmpak pmpuan segak ckit mula la nk mgayat....

Boy : Bkan nk mgayat la,,tp nk kcu ja.. dh jd hobi llaki kcu pmpun.. Hmm,,pmpuan 2,,klu llaki ensem mgayat,,trus cair.. 2 la pmpuan ni mudah curang... huhuhuhu

Girl : mna da....ish...jgn nk mgada ngada tuduh pmpuan ek....xsmua pmpuan cm2.

Gua : wahaha.. bertengkar lah hampa dua !


The end !



De’din
  • Banyak lagi kowt kumbang dan bunga yg len
  • AndaI HadIRnya CiNta, MenGapa iA SekadaR Utk MenyaKitkan, lbh baik ianya x datang kan => dr cinta dedin
  • Senyum selalu =)

16 November 2010

Dia Tak Bernasib Baik

Salam blogger sekalian,


Entah kenapa sejak kebelakangan ni kita sering dihidangkan dengan video-video kerosakan akhlak dikalangan remaja dan lebih memalukan remaja itu adalah remaja di kalangan bangsa MELAYU. Melayu yang dulunya terkenal dengan sikap sopan santun dan budi bahasa kini hilang ditelan zaman. 


Satu persatu video mendedahkan keaiban bangsa kita kini tersebar dengan meluas melalui jaringan sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube. 


Salah satunya ialah :-




Walaupon dia seorang pengemis cuba lah respect dia. Kalau dah tak nak tolong jangan lah  p ketuk kepala pengemis tu ! dah lah dia dah tua ! Tak kira lah apa jua agama dia kita kena lah beradab ! betul x ?


Apa nak jadi nih ?
Bila kita akan sedar  ?
Siapa yang harus dipersalahkan ?

Bangsa kita kini sudah jauh ke belakang ! x sedar2 lagi ka ?


De'din:-
  • Hakikat zaman sekarang !
  • Minta dijauhkan dri benda2 ni
  • Senyum selalu =)


15 November 2010

Rushing Back

Salam blogger !


Akhir nya, harini De'din kembali meng'update' kan blog ni setelah menyepi seketika. Mesti ramai yang tunggu De'din update kan. haha. Mesti ramai kan ? jika ya sila pergi Mcd berhampiran untuk dapatkan fries dan mcshaker khas dri De'din .  Yang pasti kak hana merupakan salah seorang yg tertunggu-tunggu entri ini.


Selama ini dedin bukan sengaja tak nak update blog.Tapi apakan daya demi masa depan terpaksa De'din korbankan wah pasrah ja ayat . De'din tinggalkan lappy tersayang ni dekat rumah sebab lappy ni akan mengganggu fokus bila exam. So, tanpa kerelaan hati De'din trpaksa merelakannya. sekali lagi ayat pasrah




Hi everyone !


Dah tu macam mana De'din on9 FB ? Jawapannya :-


Walaupon lappy ini De'din tinggalkan di rumah tapi lappy housemate De'din kan ada lagi ! hehe. Dari situ lah De'din onsembilan. Tu lah kan hakikat kehidupan De'din susah sekali untuk meninggalkan Dunia Maya ini.


Korang pula macam mana ? macam De'din juga ke ?


Btw, De'din baru ja habis final khamis lepas, then terus pergi melancong ke KL dan Melaka bersama geng2 kamsis yang terbaik ! Dan sekarang kesan dari perlancongan itu memang benar2 terasa ! dan De'din dapat rasakan De'din perlukan rehat yang cukup. Rehat yang cukup tu makna nya tidur lah. Dahlah 29 ni De'din kena lapor diri untuk LI macam esok ja kan. hehe.


So, bye2 !


De'din :-
  • Sedang menanti gambar perlancongan !
  • Melaka best juga erk ! hihi
  • Tyme ni lah tyme paling sesuai untuk tag De'din join contest 

07 October 2010

Need your help !

Salam reader

Hah.. sori sebab terupdate ! Ermmm.. nak cakap tapi malulah.. Dedin taip lah.. Ok ? ok lah kowt.. sekarang ni dedin try lah pula sat lgi contest..

contest ni sng ja ! upload gambar dan cari owg untuk vote.. upload gambar mmg lah sng kan .. tpi nak cri owg vote .. mmg ssh,..

jadi setelah terfikir akan kegunaan blog ini .. maka dedin amat berharap para blogger yang budiman serta baik hati ini membantu dedin meng'clik' buton like di



*tapi pastikan anda sign in fb dahulu yer !

Jasa baik para blogger amat lah dihargai
sekian terima kasih

p/s : ter ada masa lah pula nak update ! hihi

01 October 2010

Try and eror ! tu penting kan ?

Salam everyone !

Semakin hari diri ini semakin sibuk ! semakin hari juga harta dedin makin bertambah ! Maka dengan ini Dedin akan berhenti menulis blog selama beberapa minggu mungkin selama 5 minggu . ngee~


Disebabkan kekangan masa jugalah dedin terlepas peluang untuk merebut iphone tu. Tak pa lah dah bukan rezeki dedin. Thanks to digi ! Lepas ni anjur lah lagi yer =)


Digi always with u !


Dedin malas ke ? x lah(sememangnya ya).. Dedin ada 7 post yang menanti masa untuk dipublish ! Tapi x dipublish ! hee~


Sebenarnya dedin nak fokus pada 2 benda ni . Kalo dah setel 2 benda ni ! aktiviti blogging akan dilakukan seperti biasa


Dan dalam masa 5 minggu ini juga dedin akan merantau mencari ilham ! agar penulisan dedin lebih baik dan berkualiti lagi


Di saat ini juga sedang menunggu hasil pertama selepas 6 bulan berada dalam dunia blogging secara semi aktif ! Thanks nuffnangs untuk cek yg pertama ini !


Ingat jangan lakukan fraud click ! nnti kena banned


That all !


Thanks for your attention !

25 September 2010

DiGi iPhone 4 Me

Salam everyone !

That day, buka web nuff then Nampak gambaq ni .

4 apple, with kambing , with tarikh, with digi

Gua pown terfikir digi nak buat rumah terbuka kowt. Kan sekarang still syawal ! Then fikir-fikir balik. Kalo nak buat rumah terbuka tyme ni mmg tak meriah lah. Syawal kan dah nak menyising. So, gua dgn pantas nya mencari kalendar. Selak punya selak. Jeng.. jeng… jeng ..

*

*

*

*

*

*

*

*

Raya haji lambat lagi lah ! Gua ingat digi nak sumbangkan kambing tu untuk korban ! hehe then sapa yang tolong rewangkan kambing tu dpt bawa balik 4 biji epal ! Kemusyikalan gua bertambah tambah bagai dilanda tsunami. Kenapa ada tarih erk ? bufday digi ka ? Then gua google sekali lagi. Tapi bukan bufday digi. Gua pown hairan tahap kambing.


alamak kambing tu dah makan epal gua !


Bagaikan dipanah halilintar gua pon open sekali lagi web nuff. Gua tgk kambing tu dah ngap 4 epal itu sambil berkata walau. Walau ! Walau apa gua pun x pasti. “Mungkin jua walau gua akan dikorbankan nnti kurang-kurang gua dapat rasa 4 epal yg merah dan manis ini ” Kata si kambing itu kowt.. hehe


Gua pown semak lah semula post kambing ni. Terkejut kambing gua, bila dapat tau digi lancarkan contest kambing ni dan iphone ! femez lah kambing ni nanti. Jatuh lah reputasi kawan gua sebagai penggembala kambing no 1 di atlantik. Dahlah boleh dapat kambing kalo mng . eh2. silap dapat iphone kalo mnang.


Gua memang dah lama teringin nak pakai iphone ni, tambah2 bila gua Nampak kawan gua men Facebook, Farmville guna iphone kat mna2 ja dia suka. Gua kalo nak men mesti kena buka lappy yang slow ni. Nak connect tenet lah. Susah lah macam ni.


Tengok lah, macam2 ada

Gua nak juga pakai iphone tapi gua tak mampu lah. Tambah2 gua baru ja hilang motor. Sekarang gua tengah kumpul duit nak beli moto baru. Gua Cuma mampu pakai endset cikai ja sekarang ni. Camera pon tak de. Kalo dapat boleh lah juga gua ciwie depan kawan2 gua yang eksyen dgn iphone nya tu!


Tapi gua pown macam remaja lain juga nak membangun bersama teknologi ! Gua x nak ketinggalan beb.


Yelah cuba korang semua tengok semula kelebihan iphone ni. Dah lah ada kamera lima megapiksel dengan flash LED(diod pemancar cahaya), Face time, perakaman video HD (definasi tinggi),tiga-axis gyro, paparan Retina baharu Apple dan yang lebih penting masa berbual sehingga 40 peratus lebih lama. Sapa yang x nak kalo serba lengkap macam tu!


That why I love digi


Kalo ada camera boleh lah gua update entri ngan gambar nya sekali kurang2 x lah korang bosan sangat dan kalo ada perakam video sudah tentu saat2 manis gua boleh dikongsi bersama.


Murah ja kan !


Jadi untuk mengelakan daripada gua berada di dalam helmet untuk selama2 nya maka gua decide nak join contest ni. Even x menang pown kurang2 gua dah cuba kan !


“Tuah kambing nampak di perut

Tuah gua menang ini contest”

24 September 2010

Sape nk hadiah free? =)

Salam everyone !


Wehoo.. Sapa x nak wei ? mesti lah nak kan. Dahlah syaratnya mudah ja


First, korang kena buat entri bertajuk “Sape nak hadiah free ? =)”. Yang macam gua buat ni. Serta pastikan kereta kodok merah ni ada juga dan di link kan ke

www.nadiafarahida.blogspot.com

Comei aihh keta kodok ni !


Second, Then macam besa lah letak kan keta kodok merah yg comei ni di side bar dan jangan lupa link kan ke entri Sape nak hadiah free? =) ini pown dah setel ! x caya ? tgk lah kat bawah :



Third, Jadi lah follower nya ! follow seikhlas hati tau !


Sudah kan !

Fourth, Tag 3 owg blogger ! Dan 3 owg blogger itu ialah

Incik Shuk yang kacak,

Incik Ozzy yang macho,

Dan

Cik suka makan cokelat yg comei


Last, Then tinggalkan comment kat kotak hikmat keta kodok merah tdi

"Kodok Merah bersiar-siar

bersiar-siar tepian pantai

menang kalah adat lah

ada tuah gua kena"

23 September 2010

Widget Tedy Bear !

Salam semua,

Seperti yang dijanjikan sebelum raya dahulu dalam entri Tedy Bear
Dedin nak bagi code html ini kan ?
ye yang ini lah !


So untuk entri ini De'din akan berikan secara percuma
x payah bayar2.. ngeh2
haha

ok ini code nya yer

16 September 2010

Go Green !

woi korang !
huh
Nampak macam kurang ajaq ja !
baik lah
mungkin elok sikit
hoi korang
ermm..
tak.. tak..tak
ini pon tak

Kan lebih elok kalo macam ni


assalamulaikum salam diberi,
tanda bermula bicara berbudi,
blog De'din gaya tersendiri,
Selamat Hari Raya Aidil Fitri !

wah, berpantun pula eyh, amacam da gaya pidato x ? Hah, sebenarnya De'din nak tanya ni ? Ada nampak kelainan x kat blog ni ? kalo ada cakap lah !

Apa2 pown blog ni masih under construction, banyak lagi benda yang belum dimasukan. Dan kalo anda semua perasaan banyak widget yang telah De'din DELETE kan disebabkan mengambil masa yang lama untuk loading



entri ni x mo panjang2

permisi ucap si jawa,
minta diri ucap melayu,
good bye mat salleh kata,
semuanya maksud yang sama.

Dedin :
  • Nantikan episod akhir raikan ramadhan dan juga salam aidil fitri !
  • Senyum selalu :)



28 August 2010

Keluh Kesah

Assalamualaikum,

Mood update blog tahap gabannya malas ! Tapi sebab nmpak teruk sangat ! jadi try lah update !

Kekasih gua dah tinggalkan gua apa yang patut gua lakukan ? bingung seyhh.. Gua macam x dak hala tuju ! Gua tinggal dia sekejap ja. Tak sampai 4 jam pon tapi dia telah dilarikan orang lain ! Macam orang x keruan hala hidup gua sekarang ni. Dah lah dekat ngan raya.


Betul tu !

Macam mana gua nak merempit bersama dia raya ni ! lagipon gua x pernah raya dengan si dia lagi ! Jadi anak dara lah gua raya ni. Duduk rumah basuh pinggan mangkuk !

Gua cuba senyum dan berjaya untuk senyum ! tapi hati gua x ikut sama senyum maaa ! nampak sangat gua x ikhlas senyum.

Cuba bayangkan hidup gua tanpa dia ? Merana !!!

Itu hari gua punya kawan ada cakap ini macam
"panas2 ni terjun kolam mesti best"
gua pulak cakap
"panas2 ni terjun bangunan lagi best" ==> Gua cakap ja.. x buat pon


Tapi gua pasrah mungkin ini dugaan hidup gua
Tapi gua tahu itu ujian Nya
Tapi gua yakin ini satu proses fitrah manusia mencari pengalaman hidup
Tapi gua yakin ini ujian gua di bulan ramadhan yang mulia ini

Dan gua juga x salahkan sesiapa

korang nak tahu sapa si dia tu ?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng2 !
gua x dak gambar maaa

De'din:
  • Si dia dalam entri ini ialah motor gua
  • Hidup gua kurang gula sekarang
  • Senyum selalu =) seiklas mungkin dah ni !


24 August 2010

Kedah Best : Menara Alor Setar

Assalamualaikum,

Apa khabar semua ? letih solat terawih ka ? Bagus lah kalo letih sebab tu !


Hampa pernah dengar Menara Alor Setar? x pernah! Apa hampa ingat KL ja ka ada menara? Alor Setar pon ada juga tau.(Gunakan nada p ramlee dlm masam2 manis ) Mai ceq nak kongsi sikit;


Hah, ni lah Menara Alor Setar !

Kalau nak tahu Menara Alor Setar ni siap dibina pada tahun 1997 dan dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak 40 juta. Ia juga merupakan mercu tanda baru ke arah pembangunan pesat di negeri Kedah.


Dibina sehingga ketinggian 165.5 m tinggi telah menjadikanya menara kedua tertingi di malaysia dan menara ke 19 yang tertinggi di dunia di kalangan menara telekomunikasi.

Pengunjung juga boleh menaiki menara ini dan melihat pemandangan sekitar kawasan Alor Setar yang sememangnya sinonim dengan jelapang padi.
Lapangan pemerhatian berada pada ketinggian 88 kaki dari tapak menara.

Kawasan pemerhatian menara ini juga luas dan selesa untuk kemudahan pengunjung ke sini. Yang best nya lagi kalo dok kat atas ni boleh nmapak rumah De'din.


Anda boleh melihat keindahan kehijauan sawah padi. Dan jika anda bernasib baik mungkin anda dapat melihat sawah padi yang kekuningan ketika musim menuai. Pemandangan ketika musim menuai sememangnya menakjubkan.


Kat negeri len memang x dak !

Di atas menara ini juga terdapat Restoran berputar. Sambil menjamu selera anda boleh menghayati keindahan bandaraya Alor Setar yang kian pesat membangun. Restoran ini juga menyedia kan buffet untuk berbuka puasa sempena bulan ramadhan.


Hah, Menara ini juga menjadi menara pemerhatian untuk melihat anak bulan menandakan permulaan kalendar Islam

Last but not least, Kedudukan menara ini yang terletak berdekatan Balai Nobat, Masjid Zahir dan lokasi penting yang lain sememangnya menjadikanya lebih senang untuk dikunjungi. Senang cerita lokasi dia sempoi lah !


Yang warna kuning putih tu ialah balai nobat
(Next story tentang tu pula)

Yang bestnya juga adalah jarak dari rumah De'din ke sini cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit ja. So kalo rasa nak mai ! rojer lah De'din Apa lagi?

Jom lah terjah Menara Alor Setar


Dedin
  • Jom P Kedah
  • Kalo gayat jangan lah naik
  • Senyum selalu
  • Entri ini dibuat untuk entri 'Kedah best'
P/s: maaf kalo x faham loghat utara.. tpi sikt ja.. dan x lah pekat sangat

14 August 2010

Tutorial 1 : Tedy Bear


Assalamualaikum,

<span class=

Comel x? Mestilah kan(Perasan)

Ni lah hasilnya bila abg dan adik bekerjasama!

Nanti saya post kan code nya!
so korang semua boleh lah letak kat blog masing2

Gif Created on Make A Gif

11 August 2010

Raikan Ramadhan 5 : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Assalamualaikum,

Tadi terbaca kat blog abg dedin

Ternampak lah benda ni;

A child stands idle while her mom performs terawih prayers last night at the Tunku Mizan Zainal Abidin Mosque in Putrajaya. Muslims across Malaysia begin fasting today. – Bernama pic


Nak tau lagi? Bacalah kat bawah ni;


p/s: Apabila membaca portal berita malaysianinsider. Lagi gambar dalam fotoweb bernama.

Rupa-rupa nya tu anak buah De'din lah. Yang pakai tudung warna koko tu syafi yang sorang lagi yang pakai telekung tu Syasya ! yang sebelah kanan tu umi nya !

De'din
  • Huh, paksu juga tak p terawih pon semalam!
  • Rindu nak jumpa mereka
  • Salam ramadhan dan senyum selalu =)

Tejah Review : Hana Love Nest

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak nama dia atas tu?
pernah..
x ...
pernah..
x..
mna satu ni??

Kalo nak tahu
Ni lah kak Hana love nest

cun x? hehe


macam mana de'din boleh kenal dia?
waktu ni;




tyme kak hana comment kat entri Cukup Lah Tu
dia citer dia ada buat contest
pemenang blh ltk iklan kat blog dia


Contest nya bukan lah ssh pon
cuma kena comment kat blog dia untuk 9 entri kowt
tambah2 lagi tyme tu cuti sem
memang 24hours lah on9 ala2 7e



Lepas habis contest pemenang pown diumumkan
dan I was one of them


My first banner



dan dapat lah khidmat iklan selama sebulan
yg berakhir 8 ogos yg lalu


eh kenapa tetiba buat review ttg blog kak hana ni ehh?
sbb dulu de'din ada janji nak bgtau
apa yang special ttg blog dia


Antara keistimewaan nya ialah:

  • sentiasa tinggalkan comment
  • atau pon jerit kat sb tu
  • kak hana cuma tertinggal satu ja entri yang x dikomen iaitu entri berkaitan world cup
  • Cara penulisan blog nya yang sempoi
  • Dan mungkin juga iklan di blog nya sedikit sebanyak menambah jumlah trafik ke blog ini
  • Dan banyak juga yang saya belajar dari dia
  • Senang dengan caranya yang mudah mesra dan x sombong walau punya follower yg ramai

Hah
Apa lagi jom lah terjah blog HLN ni
Tapi pastikan anda tinggalkan sesuatu kat blog dia
pasti kak Hana akan terjah balik


De'din:
  • Entri penghargaan ini dibuat kerana kesudian meletakkan banner de'din di blog nya
  • Mulai saat ini juga De'din akan adakan satu slot 'Terjah Review' kepada mereka yang kerap meninggalkan comment di bawah entri De'din
  • senyum selalu =)



Raikan Ramadhan 4 : Sahur Pertama

Assalamualaikum,

Anda sahur x pagi tadi? sahur yer.. Bagus2!

Meh nak kongsi sikit tentang sahur hari ni. Ini adalah pengalaman pertama De'din sahur di Kedai Mamak! Yelah dedin kan tinggal di rumah sewa. Kalo yang sebelum ni sahur kat Kafe hostel ja.

Pagi tadi de'din sahur roti canai. Tu pon tak habis! Perut x mau terima ke apa x tau lah. Balik rumah terus muntah. Dah dua hari berturut-turut asyik muntah2 ni. Demam pon ada juga skit2. Nampaknya ni dugaan bulan puasa untuk tahun ni.


Lebih kurang ni lah sahur De'din pagi tadi !



Korang sahur apa tadi?

De'din
  • Selamat berbuka
  • Senyum selalu

Surat Khabar Baru : Lelaki pertama ikut laluan Amazon


GAMBAR bertarikh Disember 2008 menunjukkan Stafford berjalan meredah Sungai Amazon.


MARAPANIM, Brazil - Seorang warga Britain, Ed Stafford yang berumur 34 tahun mencipta sejarah kelmarin apabila dia menjadi lelaki pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 859 hari termasuk digigit 50,000 nyamuk.

Dia yang merupakan bekas kapten tentera Britain menghabiskan masa selama dua setengah tahun bersama rakan penunjuk arah dari Peru, Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera.

"Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya," katanya.

Stafford pengsan pada Ahad lalu, kira-kira 85 kilometer daripada lokasi penamat.

Dia menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.

Lelaki itu kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim, Brazil kelmarin yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.

Pada mulanya, Stafford memulakan ekspedisi itu bersama seorang rakan Britain pada 2 April 2008 di selatan Peru.


ED STAFFORD (kanan) berlari bersama Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera di pantai Crispim, Brazil kelmarin.


Selepas tiga bulan berjalan, rakan Britainnya itu menarik diri.

Pada satu ketika di Peru, sekumpulan penduduk orang asli telah memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan.

Namun, Stafford meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui Rivera yang berumur 31 tahun dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.

Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan.

Sepanjang ekspedisi itu, dia mendapati banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca. - Agensi

-----------------------------------------------------------------------------------

De'din

  • Rakyat Malaysia bila lagi?
  • Sumber Kosmo!
  • Senyum selalu =)

Surat Khabar Baru : Orang Kelantan suka bergaduh?

Assalamualaikum,

Saya x kata. Tapi ... baca lah sendiri..


AMIR HAMZAH (kiri) menyerahkan dokuman serah tugas kepada Mazlan sambil disaksikan oleh Abdul Rahim di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.

Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.

“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.


------------------------------------------------------------------------------------

Tapi memang x dinafikan lah orang kelantan memang selalu bergaduh !

contoh paling mudah sewaktu perlawanan bola hari tu..

Tapi x semua orang kelantan macam tu

Sumber Kosmo!

Raikan Ramadhan 3 : Lafaz Niat Puasa

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan



“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.



Diciplak dari sini

09 August 2010

Raikan Ramadhan 2 : Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Jom saling ingat mengingati !

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila
bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


De'din
  • Jangan lupa ganti puasa yang lepas2 !
  • Jom bersama mengejar nikmat nya
  • Nantikan entri berbentuk tazkirah sepanjang bulan ramadhan ini
Entri ini dipetik dari salah sebuah majalah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...