28 August 2010

Keluh Kesah

Assalamualaikum,

Mood update blog tahap gabannya malas ! Tapi sebab nmpak teruk sangat ! jadi try lah update !

Kekasih gua dah tinggalkan gua apa yang patut gua lakukan ? bingung seyhh.. Gua macam x dak hala tuju ! Gua tinggal dia sekejap ja. Tak sampai 4 jam pon tapi dia telah dilarikan orang lain ! Macam orang x keruan hala hidup gua sekarang ni. Dah lah dekat ngan raya.


Betul tu !

Macam mana gua nak merempit bersama dia raya ni ! lagipon gua x pernah raya dengan si dia lagi ! Jadi anak dara lah gua raya ni. Duduk rumah basuh pinggan mangkuk !

Gua cuba senyum dan berjaya untuk senyum ! tapi hati gua x ikut sama senyum maaa ! nampak sangat gua x ikhlas senyum.

Cuba bayangkan hidup gua tanpa dia ? Merana !!!

Itu hari gua punya kawan ada cakap ini macam
"panas2 ni terjun kolam mesti best"
gua pulak cakap
"panas2 ni terjun bangunan lagi best" ==> Gua cakap ja.. x buat pon


Tapi gua pasrah mungkin ini dugaan hidup gua
Tapi gua tahu itu ujian Nya
Tapi gua yakin ini satu proses fitrah manusia mencari pengalaman hidup
Tapi gua yakin ini ujian gua di bulan ramadhan yang mulia ini

Dan gua juga x salahkan sesiapa

korang nak tahu sapa si dia tu ?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng2 !
gua x dak gambar maaa

De'din:
  • Si dia dalam entri ini ialah motor gua
  • Hidup gua kurang gula sekarang
  • Senyum selalu =) seiklas mungkin dah ni !


24 August 2010

Kedah Best : Menara Alor Setar

Assalamualaikum,

Apa khabar semua ? letih solat terawih ka ? Bagus lah kalo letih sebab tu !


Hampa pernah dengar Menara Alor Setar? x pernah! Apa hampa ingat KL ja ka ada menara? Alor Setar pon ada juga tau.(Gunakan nada p ramlee dlm masam2 manis ) Mai ceq nak kongsi sikit;


Hah, ni lah Menara Alor Setar !

Kalau nak tahu Menara Alor Setar ni siap dibina pada tahun 1997 dan dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak 40 juta. Ia juga merupakan mercu tanda baru ke arah pembangunan pesat di negeri Kedah.


Dibina sehingga ketinggian 165.5 m tinggi telah menjadikanya menara kedua tertingi di malaysia dan menara ke 19 yang tertinggi di dunia di kalangan menara telekomunikasi.

Pengunjung juga boleh menaiki menara ini dan melihat pemandangan sekitar kawasan Alor Setar yang sememangnya sinonim dengan jelapang padi.
Lapangan pemerhatian berada pada ketinggian 88 kaki dari tapak menara.

Kawasan pemerhatian menara ini juga luas dan selesa untuk kemudahan pengunjung ke sini. Yang best nya lagi kalo dok kat atas ni boleh nmapak rumah De'din.


Anda boleh melihat keindahan kehijauan sawah padi. Dan jika anda bernasib baik mungkin anda dapat melihat sawah padi yang kekuningan ketika musim menuai. Pemandangan ketika musim menuai sememangnya menakjubkan.


Kat negeri len memang x dak !

Di atas menara ini juga terdapat Restoran berputar. Sambil menjamu selera anda boleh menghayati keindahan bandaraya Alor Setar yang kian pesat membangun. Restoran ini juga menyedia kan buffet untuk berbuka puasa sempena bulan ramadhan.


Hah, Menara ini juga menjadi menara pemerhatian untuk melihat anak bulan menandakan permulaan kalendar Islam

Last but not least, Kedudukan menara ini yang terletak berdekatan Balai Nobat, Masjid Zahir dan lokasi penting yang lain sememangnya menjadikanya lebih senang untuk dikunjungi. Senang cerita lokasi dia sempoi lah !


Yang warna kuning putih tu ialah balai nobat
(Next story tentang tu pula)

Yang bestnya juga adalah jarak dari rumah De'din ke sini cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit ja. So kalo rasa nak mai ! rojer lah De'din Apa lagi?

Jom lah terjah Menara Alor Setar


Dedin
  • Jom P Kedah
  • Kalo gayat jangan lah naik
  • Senyum selalu
  • Entri ini dibuat untuk entri 'Kedah best'
P/s: maaf kalo x faham loghat utara.. tpi sikt ja.. dan x lah pekat sangat

14 August 2010

Tutorial 1 : Tedy Bear


Assalamualaikum,

<span class=

Comel x? Mestilah kan(Perasan)

Ni lah hasilnya bila abg dan adik bekerjasama!

Nanti saya post kan code nya!
so korang semua boleh lah letak kat blog masing2

Gif Created on Make A Gif

11 August 2010

Raikan Ramadhan 5 : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Assalamualaikum,

Tadi terbaca kat blog abg dedin

Ternampak lah benda ni;

A child stands idle while her mom performs terawih prayers last night at the Tunku Mizan Zainal Abidin Mosque in Putrajaya. Muslims across Malaysia begin fasting today. – Bernama pic


Nak tau lagi? Bacalah kat bawah ni;


p/s: Apabila membaca portal berita malaysianinsider. Lagi gambar dalam fotoweb bernama.

Rupa-rupa nya tu anak buah De'din lah. Yang pakai tudung warna koko tu syafi yang sorang lagi yang pakai telekung tu Syasya ! yang sebelah kanan tu umi nya !

De'din
  • Huh, paksu juga tak p terawih pon semalam!
  • Rindu nak jumpa mereka
  • Salam ramadhan dan senyum selalu =)

Tejah Review : Hana Love Nest

Assalamualaikum,

Pernah dengar tak nama dia atas tu?
pernah..
x ...
pernah..
x..
mna satu ni??

Kalo nak tahu
Ni lah kak Hana love nest

cun x? hehe


macam mana de'din boleh kenal dia?
waktu ni;




tyme kak hana comment kat entri Cukup Lah Tu
dia citer dia ada buat contest
pemenang blh ltk iklan kat blog dia


Contest nya bukan lah ssh pon
cuma kena comment kat blog dia untuk 9 entri kowt
tambah2 lagi tyme tu cuti sem
memang 24hours lah on9 ala2 7e



Lepas habis contest pemenang pown diumumkan
dan I was one of them


My first banner



dan dapat lah khidmat iklan selama sebulan
yg berakhir 8 ogos yg lalu


eh kenapa tetiba buat review ttg blog kak hana ni ehh?
sbb dulu de'din ada janji nak bgtau
apa yang special ttg blog dia


Antara keistimewaan nya ialah:

  • sentiasa tinggalkan comment
  • atau pon jerit kat sb tu
  • kak hana cuma tertinggal satu ja entri yang x dikomen iaitu entri berkaitan world cup
  • Cara penulisan blog nya yang sempoi
  • Dan mungkin juga iklan di blog nya sedikit sebanyak menambah jumlah trafik ke blog ini
  • Dan banyak juga yang saya belajar dari dia
  • Senang dengan caranya yang mudah mesra dan x sombong walau punya follower yg ramai

Hah
Apa lagi jom lah terjah blog HLN ni
Tapi pastikan anda tinggalkan sesuatu kat blog dia
pasti kak Hana akan terjah balik


De'din:
  • Entri penghargaan ini dibuat kerana kesudian meletakkan banner de'din di blog nya
  • Mulai saat ini juga De'din akan adakan satu slot 'Terjah Review' kepada mereka yang kerap meninggalkan comment di bawah entri De'din
  • senyum selalu =)



Raikan Ramadhan 4 : Sahur Pertama

Assalamualaikum,

Anda sahur x pagi tadi? sahur yer.. Bagus2!

Meh nak kongsi sikit tentang sahur hari ni. Ini adalah pengalaman pertama De'din sahur di Kedai Mamak! Yelah dedin kan tinggal di rumah sewa. Kalo yang sebelum ni sahur kat Kafe hostel ja.

Pagi tadi de'din sahur roti canai. Tu pon tak habis! Perut x mau terima ke apa x tau lah. Balik rumah terus muntah. Dah dua hari berturut-turut asyik muntah2 ni. Demam pon ada juga skit2. Nampaknya ni dugaan bulan puasa untuk tahun ni.


Lebih kurang ni lah sahur De'din pagi tadi !



Korang sahur apa tadi?

De'din
  • Selamat berbuka
  • Senyum selalu

Surat Khabar Baru : Lelaki pertama ikut laluan Amazon


GAMBAR bertarikh Disember 2008 menunjukkan Stafford berjalan meredah Sungai Amazon.


MARAPANIM, Brazil - Seorang warga Britain, Ed Stafford yang berumur 34 tahun mencipta sejarah kelmarin apabila dia menjadi lelaki pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 859 hari termasuk digigit 50,000 nyamuk.

Dia yang merupakan bekas kapten tentera Britain menghabiskan masa selama dua setengah tahun bersama rakan penunjuk arah dari Peru, Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera.

"Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya," katanya.

Stafford pengsan pada Ahad lalu, kira-kira 85 kilometer daripada lokasi penamat.

Dia menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.

Lelaki itu kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim, Brazil kelmarin yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.

Pada mulanya, Stafford memulakan ekspedisi itu bersama seorang rakan Britain pada 2 April 2008 di selatan Peru.


ED STAFFORD (kanan) berlari bersama Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera di pantai Crispim, Brazil kelmarin.


Selepas tiga bulan berjalan, rakan Britainnya itu menarik diri.

Pada satu ketika di Peru, sekumpulan penduduk orang asli telah memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan.

Namun, Stafford meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui Rivera yang berumur 31 tahun dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.

Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan.

Sepanjang ekspedisi itu, dia mendapati banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca. - Agensi

-----------------------------------------------------------------------------------

De'din

  • Rakyat Malaysia bila lagi?
  • Sumber Kosmo!
  • Senyum selalu =)

Surat Khabar Baru : Orang Kelantan suka bergaduh?

Assalamualaikum,

Saya x kata. Tapi ... baca lah sendiri..


AMIR HAMZAH (kiri) menyerahkan dokuman serah tugas kepada Mazlan sambil disaksikan oleh Abdul Rahim di Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.

Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.

“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.


------------------------------------------------------------------------------------

Tapi memang x dinafikan lah orang kelantan memang selalu bergaduh !

contoh paling mudah sewaktu perlawanan bola hari tu..

Tapi x semua orang kelantan macam tu

Sumber Kosmo!

Raikan Ramadhan 3 : Lafaz Niat Puasa

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa harian Ramadhan



“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ”

Maksudnya :“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”.



Diciplak dari sini

09 August 2010

Raikan Ramadhan 2 : Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Jom saling ingat mengingati !

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.


2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.


4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.


10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila
bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.


De'din
  • Jangan lupa ganti puasa yang lepas2 !
  • Jom bersama mengejar nikmat nya
  • Nantikan entri berbentuk tazkirah sepanjang bulan ramadhan ini
Entri ini dipetik dari salah sebuah majalah

Raikan Ramadhan 1 : Dia datang lagi !

Assalamualaikum,

Yeay ! ianya datang lagi ! apa erk? apa lagi kalau bukan bulan ramadhan. Kenapa saya suka sangat bila masuk bulan ramadhan? sebab bila nak buat jahat saya mesti fikir banyak kali. Hehe.

Dah jadi macam automatik bila masuk ja bulan puasa mesti jadi baik. Selalu pergi surau untuk solat terawih. Kalau tak memang liat lah nak p. Kalo p pon selalunya malam jumaat ja sebab ada bacaan yassin.

Tapi sem ni memang tercabar jugalah sebab tinggal di rumah sewa ! unsur kemalasan sememangnya satu masalah yang perlu diatasi


Datang lagi


Jadi bersempena bulan yang mulia ini De'din nak menyeru semua rakan blogger menunaikan tanggungawab mana yang patut dilakukan. Hah jangan lupa puasa yer!

De'din
  • Jom kurangkan on9
  • Jangan lupa ganti puasa yang lepas2 ! --> pesan khatib 2 minggu lepas
  • Jom bersama mengejar nikmat nya
  • Nantikan entri berbentuk tazkirah sepanjang bulan ramadhan ini
  • Nantikan juga entri Bakti siswa De'din dalam beberapa siri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...