Apa khabar semua ? letih solat terawih ka ? Bagus lah kalo letih sebab tu !
Hampa pernah dengar Menara Alor Setar? x pernah! Apa hampa ingat KL ja ka ada menara? Alor Setar pon ada juga tau.(Gunakan nada p ramlee dlm masam2 manis ) Mai ceq nak kongsi sikit;
Hah, ni lah Menara Alor Setar !
Kalau nak tahu Menara Alor Setar ni siap dibina pada tahun 1997 dan dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Kos pembinaannya menelan belanja sebanyak 40 juta. Ia juga merupakan mercu tanda baru ke arah pembangunan pesat di negeri Kedah.
Dibina sehingga ketinggian 165.5 m tinggi telah menjadikanya menara kedua tertingi di malaysia dan menara ke 19 yang tertinggi di dunia di kalangan menara telekomunikasi.
Pengunjung juga boleh menaiki menara ini dan melihat pemandangan sekitar kawasan Alor Setar yang sememangnya sinonim dengan jelapang padi. Lapangan pemerhatian berada pada ketinggian 88 kaki dari tapak menara.
Kawasan pemerhatian menara ini juga luas dan selesa untuk kemudahan pengunjung ke sini. Yang best nya lagi kalo dok kat atas ni boleh nmapak rumah De'din.
Anda boleh melihat keindahan kehijauan sawah padi. Dan jika anda bernasib baik mungkin anda dapat melihat sawah padi yang kekuningan ketika musim menuai. Pemandangan ketika musim menuai sememangnya menakjubkan.

Kat negeri len memang x dak !
Di atas menara ini juga terdapat Restoran berputar. Sambil menjamu selera anda boleh menghayati keindahan bandaraya Alor Setar yang kian pesat membangun. Restoran ini juga menyedia kan buffet untuk berbuka puasa sempena bulan ramadhan.
Hah, Menara ini juga menjadi menara pemerhatian untuk melihat anak bulan menandakan permulaan kalendar Islam
Last but not least, Kedudukan menara ini yang terletak berdekatan Balai Nobat, Masjid Zahir dan lokasi penting yang lain sememangnya menjadikanya lebih senang untuk dikunjungi. Senang cerita lokasi dia sempoi lah !
Yang bestnya juga adalah jarak dari rumah De'din ke sini cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit ja. So kalo rasa nak mai ! rojer lah De'din Apa lagi?
Jom lah terjah Menara Alor Setar
Dedin
- Jom P Kedah
- Kalo gayat jangan lah naik
- Senyum selalu
- Entri ini dibuat untuk entri 'Kedah best'
18 comments:
Gambar ni pernah nampak.. dalam poskad rasanya..
mahai x kalo nak makan kt restoran berputar tuh.. hehehe kat menara kl mahal.. huhuh x mampu cheq..
cheq orang kedah jugak..tapi tak penah lagi naek menara ni...tak tau la bila ada kesempatan nak naek menara ni..huhu
diana..
ajak ja dia naik..
5 ringgit je kowt..
cgmas..
mmg ada posad gmbq mcm ni..
bella
standard besa2 ja..
buffet buka puasa rm 25 je kowt..
nabilah..
rugilah jdi owg kedah..
kalo x nek lagi..
kebetulan kah???
hahaha...
byk persamaan plak ye siap skali dgn N3 nya pon lebih kurang sama
=)
GKSB
Secara kebetulan rasanya..
apa2 pon jom lah promote kedah !
uhhu..tak tau pon kat kedah ade menara ni.
kak anne..
sakarang dah tahu..
kena lah p :)
aik ,,bukan 1977 larr...time aku skolah dok tgh bina siap waktu aku form four 1996..cuba tgk blik .balik tu...salah tu...
huh..
sori..
sebenarnya 1997..
typo eror..
malunya jd warga kedah.. coz menara alor setar tak pernah pi.. hhuhuhu.. bkn salah saya tp dok hujung tapak kaki kedah dah pun..
lizzie..
oo..
owg kedah juga rupanya .
amboi ! smngat wajar kedah nmpknya...HEHE...da pnah naik...best2...=)
ikah jafri,,
x larat nak naik dah,, kdng2 kawan juah dtg ajak naik,,
tggu kat bawah ja,, hehe=)
hai syikah..p x habaq kat aku pon..hehe..
cek dah naik byk kali pon menara tuu...kalau dok alor setar bangun2 pagi dah nmpk menara..dekat sgt..naik moto 3 minit sampai dah..hehe..
Post a Comment