28 July 2012

Raikan Ramadhan : Apa tu ?

Assalamualaikum,


Selamat pagi blogger yang comel lagi kacak serta cun ! sukalah tu. Ok ! Ampa semua mmg comel lagi kacak serta cun. Pejam celik pejam celik kini sudah 8 hari berlalu, sudah 8 hari jugalah kita berpuasa, sudah 8 hari jugalah kita menahan lapar dan dahaga. arghhh kenapa banyak sangat sudah 8 hari jugalah ? Tulah lama sangat x update ayat pon dah x betul.


Alhamdulillah semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu kebaikan dan lebih baik berbanding sebelum ini.   Itulah azam setiap dari kita bukan ? Tapi tercapaikah hajat itu, nak cakap memang senang, tapi nak laksanakan, oh my cubaan ! Selagi kita mampu berusaha selagi itu lah jangan mengalah. 


Ramadhan kali ini juga kembali mengimbau kenangan zaman lalu, sedar atau tidak sudah 5 tahun lebih tidak bersama keluarga mengharungi setiap ramadhan yang tiba  dan dalam tempoh tu hanya pulang sekali sekala. Kini aku kembali seperti 5 tahun dahulu bersahur dan berbuka bersama keluarga. Kini segalanya berakhir perjuangan untuk mendapatkan segulung kertas selama 3 tahun pengajian akhirnya berjaya ditamatkan sebelum kaki ini mengorak langkah seterusnya mengejar impian yang tidak berada dalam senarai ketika kecil dahulu. 



Google
Menghadapi ramadhan bersama keluarga memang sesuatu yang indah. Tak perlu fikir tentang juadah bersahur dan berbuka kerana segalanya kini sentiasa dihidangkan oleh mak tersayang. Tak seperti dulu, sibuk sampai tak sempat sehingga terpaksa berbuka di bazar.

Sama ada masih terus bersama buku atau tidak ianya bakal terjawab tidak lama lagi. Namun tiada apa yang perlu dipedulikan jika gagal mendapat tempat untuk bersama rakan seperjuangan yang lain di menara gading. Jika itu takdirnya, persediaan telah dilakukan. Tempat untuk melangkah dalam dunia kerjaya juga telah tersedia. Hasil usaha ketika latihan industri dahulu memberi tumpuan dalam setiap gerak kerja yang diberikan dan melaksanakannya dengan jaya. Insyaallah kalau takdir menentukan kerjaya adalah seterusnya. Aku sudah bersedia.

Itu serba sedikit kisah ramadhan dan diri ini. Insyaallah semoga puasa kita semua bukan semata lapar dan dahaga. Semoga ramadhan kali ini mendidik kita lebih supaya menjadi seorang insan yang lebih sempurna dalam segala aspek. 


Sehingga bertemu lagi.

Jom selak dan lihat kisah Raikan Ramadhan sebelum ini :             
Raikan Ramadhan 1 : Dia datang lagi !
Raikan Ramadhan 2 : Kelebihan Ramadhan
Raikan Ramadhan 3 : Lafaz Niat Puasa
Raikan Ramadhan 4 : Sahur Pertama
Raikan Ramadhan 5 : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya


#Boleh juga tengok baju blogger  kalo berminat tinggalkan komen.

23 May 2012

Tempahan Baju Aku, Kau & Kamu Blogger


SESI PERTAMA - Tempahan Dibuka Sehingga 26 Mei 2012 & Penghantaran Adalah Pada 30 Jun 2012
SESI KEDUA - Tempahan Dibuka Sehingga 7 JULAI 2012 & Penghantaran Adalah Pada 14 OGOS 2012
 
Ini ialah designnya, direka khusus untuk membantu muslimah yang memakai tudung  supaya tidak terlindung design disebabkan tudung. Menutup aurat sambil berfesyen :D

CARA MEMBUAT TEMPAHAN:
Sebelum membuat pembayaran,
1)      Semak dan lihat harga baju bagi saiz anda serta zon negeri anda.  
2)      Masukan wang ke dalam akaun seperti yang dinyatakan.

Senarai Harga :

Semenanjung Malaysia (Bagi Saiz S,M,L,XL)

Harga untuk Lengan Pendek ialah RM30(Including Postage)
Harga untuk lengan Panjang ialah RM32(Including Postage)

Semenanjung Malaysia (Bagi Saiz XXL,XXXL)

Harga untuk Lengan Pendek ialah RM33(Including Postage)
Harga untuk lengan Panjang ialah RM35(Including Postage)

Sabah & Sarawak (Bagi Saiz S,M,L,XL)

Harga untuk Lengan Pendek ialah RM33(Including Postage)
Harga untuk lengan Panjang ialah RM35(Including Postage)
Sabah & Sarawak (Bagi Saiz XXL,XXXL)

Harga untuk Lengan Pendek ialah RM36(Including Postage)
Harga untuk lengan Panjang ialah RM38(Including Postage)

Semak Saiz Anda !


Selepas membuat pembayaran,
1)      Sila PM FB Ezzs II butir-butir pembayaran dan diri :

Tarikh    : 23/06/2012
Masa      :18:40
Atm       :5067
No ruj    :21200
Lokasi   :Ampang
Amaun  :RM 30.00
Nama : Ali bin abu
         Alamat : 888 Taman Bakar Abu, Jalan Ali Daud, 05600 Alor Setar, Kedah
         No Phone : 012-3456789
         Saiz : M
         Design belakang atas @ bawah : Bawah

p/s : Pastikan no akaun dan nama adalah sepadan. Sebarang kesilapan ketika proses mendepositkan wang adalah tanggungjawab anada. HARAP MAKLUM.
p/s:Pastikan anda menyimpan resit bank sebagai bukti pembayaran.

p/s: pastikan anda menerima REPLY dari saya sebagai pengesahan. Reply hanya dilakukan setiap hari JUMAAT. Jika anda tidak menerima sebarang balasan (reply) dari saya dalam tempoh 24 jam dari hari jumaat, sila hubungi nombor yg saya berikan diatas)

# Tiada pengembalian baki dalam bentuk wang tunai. PENGEMBALIAN BAKI HANYA AKAN DILAKUKAN MELALUI PROSES TOPUP TERUS KE FON ANDA.
#Sebarang permintaan baki secara tunai tidak akan dilayan. HARAP MAKLUM
Klik untuk testimoni :D
# Untuk pembelian melebihi 10 helai sila berhubung dengan EZZS II untuk diskaun postage :D


CARA MENGHUBUNGI:

- SKYPE : undefineddignity@yahoo.com

- SMS/CALL/ PERTANYAAN : 013 465 2523 (EZZS)


-Wall Rasmi Tempahan : Facebook Aku,Kau,& Kamu Blogger

TERMA & SYARAT

Untuk maklumat lanjut inbox Ezzs II

27 April 2012

Terima Kasih ASTRO !

Assalamualaikum

Selamat petang semua ! Kali ni nak kongsi cerita tentang astro ! Astro membuka akses kepada semua penggunanya bagi menikmati kesemua rangkaian channels yang ada kecuali Astro First. Jadi bagi yang berminat tu boleh lah tambah pakej. 




"Sebagai tanda penghargaan, semua pelanggan Astro dijemput untuk menikmati lebih 130 saluran bermula dari 27 April-6 Mei! Terima kasih di atas sokongan anda!". Menurut fan pages Astro

Bagi aku ok lah kan even cuma 10 hari kan ? dari x dak langsung. Ianya juga satu langkah pemasaran yang bagus, macam tester makanan kat mall. Lepas makan kalo sedap mesti nak beli kan ? mcm tu lah juga astro  :D


13 February 2012

Masa Depan ?


Assalamualaikum,


Setiap kali buka blog asyik tengok benda yang sama ja. Mesti bosan kan kalo ampa masuk. errr. Kalo ada yang masuk lah.


Setiap orang ada masa depan, tetapi masa depan nya berbeza

Ayat ini membuatkan aku berfikir terlalu dalam sehingga sukar untuk difahami, Setiap orang punya nasib berbeza bukan ? walau serajin mana, sehebat mana, sekuat mana atau berjaya macam mana pon waktu ini ianya belum tentu menjamin masa depan anda. 

Kenangan indah di Tanjung Dawai


Jika anda seperti yang saya sebutkan diatas. Bersyukurlah dengan nikmat yang dikuniakan ! Jangan sesekali menghina mereka yang tak serajin anda, tak sehebat anda, tak sekuat anda atau tak 'seberjaya' anda. Walau kini mereka begini, namun satu hari nanti siapa tahu mereka mungkin lebih berjaya daripada anda sekarang.


P/s: Apa yg aku tulis entah ? tunggang langgang ja. Gambar pon x dak kena mengena.. layan jalah :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...