29 June 2013

Antara Terbaik

Walaupun sudah melangkah keluar dari pintu tersebut. Dan kini melangkah masuk ke pintu yang lain. Tetapi masih merenung pintu yang telah ditinggalkan. 

Asyik melihat kejayaan orang. Sering kali inginkan kejayaan seperti itu. 

Sedangkan aku sendiri tidak menghargai kejayaan sendiri.




Sukar untuk ditaksirkan kehendak hidup ini.
Lihat lah ke hadapan, jangan memikirkan perkara yang lepas terlalu lama sehingga terlepas yang ingin dikecapi.

19 May 2013

Payahnya Bila Atap Nak Jadi Tiang, Tiang Nak Jadi Dinding, Dan Dinding Nak Jadi Tangga


Ada satu cerita rakyat zaman dahulu kala, dalam nada simbolik membawa kisah bagaimana perkakas dalam sebuah rumah saling melihat bebanan yang ditanggung olehnya, dan merasakan bahawa yang lain tidak seteruknya. 

Kisah bermula bilamana atap merasa dialah yang paling berat menanggung bebanan berbanding yang lain, dia terpaksa menahan hujan, panas, dia terpaksa berjemur ditengah-tengah panas, peritnya tak terkira, demikian juga bila hujan turun, dialah yang terpaksa berhadapan dengan hujan rebut ini. 

Perasaan kecewa dan sedih bertambah bilamana atap tengok tiang yang dirasakan lebih rehat dari dia, tak kena panas dan tak kena hujan, lalu ia merungut:

“Sedapnya jadi tiang, tak kena jemur di terik panas mentari, dan tak payah susah payah menahan hujan ribut, alangkah seronoknya kalau boleh jadi tiang”.

Mendengarkan kata-kata atap, lalu tiang menjawab:

“Kamu tak tahu betapa setiap saat aku terpaksa memikul bebanan beratnya atap, kayu alang dan kayu lain yang berat di atas bahu aku. Engkau atap, lebih senang, tak payah pikul bebanan berat macam aku” rungut tiang.

Kata tiang terkadang aku cemburu tengok dinding, dia tak kena panas, dan tak kena pikul bebanan berat macam kita. Sedang mereka berbual, rupanya dinding mendengar, lalu menyampuk:

“Jangan kamu fikir yang panas dan berat saja. Aku lagi susah, nak kena jaga keliling rumah ni, aku kena lindung semua isi rumah, akulah benteng menutupi aib dalam rumah, akulah penyimpan rahsia mereka, tapi aku jugak kena ketuk bilamana nak tampal, nak sangkut apa-apa. Sebenarnya aku rasa yang senang, bukan aku, tapi tangga.”

Mendengar kata-kata dinding itu, tiba-tiba tangga pun mengeluh:

“Kamu jangan tengok hujan panas, bebanan saja. Tapi aku rasa aku nilah yang paling berat antara semua perkakas rumah ni. Aku terpaksa kena hujan panas, aku terpaksa pikul babanan orang pijak aku bila nak naik, bila nak turun, dan lebih malang lagi mereka pijak aku dengan kekotoran yang mereka bawa. Tapi bagi aku kalau ini yang telah ditakdirkan aku redha, biarlah aku berkhidmat semampu aku, sebelum semua kita rebah menyembah bumi semuanya.”

Pengajaran : Dari kisah tersebut ialah jangan kita hanya nampak susah kita, tapi tak pernah fikir susah orang lain, dan yang lebih penting jangan kita nak jadi benda lain. Kita harus jadi kita, kerana itulah amanah yang diberi kepada kita. Payahnya bilamana atap nak jadi tiang, tiang pulak nak jadi dinding dan dinding pulak nak jadi tangga.


lose weight / gain weight / improve health / gain energy / earn extra income part time or fulltime ?
Ask me how. I am personal wellness coach 
pm now 013-465 2523



# Perkongsian daripada Blog Abang aku

28 July 2012

Raikan Ramadhan : Apa tu ?

Assalamualaikum,


Selamat pagi blogger yang comel lagi kacak serta cun ! sukalah tu. Ok ! Ampa semua mmg comel lagi kacak serta cun. Pejam celik pejam celik kini sudah 8 hari berlalu, sudah 8 hari jugalah kita berpuasa, sudah 8 hari jugalah kita menahan lapar dan dahaga. arghhh kenapa banyak sangat sudah 8 hari jugalah ? Tulah lama sangat x update ayat pon dah x betul.


Alhamdulillah semoga ramadhan kali ini membawa seribu satu kebaikan dan lebih baik berbanding sebelum ini.   Itulah azam setiap dari kita bukan ? Tapi tercapaikah hajat itu, nak cakap memang senang, tapi nak laksanakan, oh my cubaan ! Selagi kita mampu berusaha selagi itu lah jangan mengalah. 


Ramadhan kali ini juga kembali mengimbau kenangan zaman lalu, sedar atau tidak sudah 5 tahun lebih tidak bersama keluarga mengharungi setiap ramadhan yang tiba  dan dalam tempoh tu hanya pulang sekali sekala. Kini aku kembali seperti 5 tahun dahulu bersahur dan berbuka bersama keluarga. Kini segalanya berakhir perjuangan untuk mendapatkan segulung kertas selama 3 tahun pengajian akhirnya berjaya ditamatkan sebelum kaki ini mengorak langkah seterusnya mengejar impian yang tidak berada dalam senarai ketika kecil dahulu. 



Google
Menghadapi ramadhan bersama keluarga memang sesuatu yang indah. Tak perlu fikir tentang juadah bersahur dan berbuka kerana segalanya kini sentiasa dihidangkan oleh mak tersayang. Tak seperti dulu, sibuk sampai tak sempat sehingga terpaksa berbuka di bazar.

Sama ada masih terus bersama buku atau tidak ianya bakal terjawab tidak lama lagi. Namun tiada apa yang perlu dipedulikan jika gagal mendapat tempat untuk bersama rakan seperjuangan yang lain di menara gading. Jika itu takdirnya, persediaan telah dilakukan. Tempat untuk melangkah dalam dunia kerjaya juga telah tersedia. Hasil usaha ketika latihan industri dahulu memberi tumpuan dalam setiap gerak kerja yang diberikan dan melaksanakannya dengan jaya. Insyaallah kalau takdir menentukan kerjaya adalah seterusnya. Aku sudah bersedia.

Itu serba sedikit kisah ramadhan dan diri ini. Insyaallah semoga puasa kita semua bukan semata lapar dan dahaga. Semoga ramadhan kali ini mendidik kita lebih supaya menjadi seorang insan yang lebih sempurna dalam segala aspek. 


Sehingga bertemu lagi.

Jom selak dan lihat kisah Raikan Ramadhan sebelum ini :             
Raikan Ramadhan 1 : Dia datang lagi !
Raikan Ramadhan 2 : Kelebihan Ramadhan
Raikan Ramadhan 3 : Lafaz Niat Puasa
Raikan Ramadhan 4 : Sahur Pertama
Raikan Ramadhan 5 : Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya


#Boleh juga tengok baju blogger  kalo berminat tinggalkan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...