13 July 2010

Anak Buah Pertama


ni lah Syasya


Ni anak buah pertama saya nama penuh nya Syasya Hana Saiful Azrul. Dalam usia yang masih kecil sebegini banyak yang akan dipelajari. Belum dapat membezakan yang mana betul dan salah dengan sewarasnya. Kepetahan syasya menyapa orang kadang membuatkan walid nya risau.

Jom tengok situasi ini.

Kejadian 1

Dalam lif ketika kami sekeluarga hendak keluar makan malam. Seorang wanita masuk bersama bayinya yang berkulit gelap. Lalu keluarlah dari mulut Syasya, “Umi, baby tu hitamlah”.

Terkedu isteri saya yang berada dalam lif itu. Nak ditegur pada waktu itu, memang sukar kerana Syasya jenis yang akan bertanya sebabnya. Kami terpaksa menerangkan kepada Syasya, mengapa perbuatannya salah dan mengajar agar setiap kali berjumpa baby, kena kata, “Baby tu comel”. Alhamdulillah setakat ni Syasya menurut nasihat kami.

Kejadian 2

Juga ketika di dalam lif sewaktu hendak ke tadika. Mulanya dalam lif itu ada dua wanita muda dan seorang lelaki dewasa. Sampai di tingkat dua, seorang wanita cantik masuk tetapi saiznya besar (Bukan gemuk tetapi memang jenis rangka besar dan tinggi dalam 1.8 meter tetapi ada bentuk badan yang menarik).

Lalu terpacul dari mulut Syasya, “Perempuan tu besar la”.

Terkedu diri saya lalu Syasya menyambung, “Yang baju warna hijau tu”.

Adoi! Terus direct kepada wanita yang baru masuk tu. Terus saya mencubit bahu Syasya dan Syasya terus menangis dan berkata, “Walid cubit Syasya!” Adoi, kantoi la pulak… Terus saya berdalih, “Bukan Walid cubit, terkena kunci Walid la”.

Lalu Syasya berkata, “Ooo…” dan terus berhenti menangis.

Kemudian terus saya jelaskan kepada Syasya bahawa tak boleh kata sebegitu dan bila jumpa perempuan, kata cantik.

------------------------------------------------

Wohooo.. Kan saya dah cakap dia masih dalam proses mempelajari dunia. Sebenarnya saya kurang arif tentang budak2 ni sebab saya x dak adik. Btw, Syasya lah budak pertama yang saya dukung walupun umur ketika tu dah masuk 16 tahun dah. Sebelum ni saya tak pernah dukung mana2 baby. Sebab saya takut sat lagi jatuh pula!! hehe maklum lah saya kan x da adik jadi tiada pengalaman macam orang lain.

Sekarang Syasya dah pandai membaca dan menulis. Jadi ketika di nurseri Syasya diletakan bersama kanak2 lain yang berusia 5-6 tahun kerana takut dia bosan dengan benda yang dia dah kuasai.

Kalau nak tau lebih lanjut KLIK SINI

De'din:

  • Semua sekali saya ada tiga orang anak buah Syasya, Irdina, Syafi
  • Rindu mereka.. mna tak nya Setahun 2-3 kali ja jumpa.. kecuali irdina
  • Syasya ni akal banyak tau!!
  • senyum selalu :)

17 comments:

syafawani said...

wahh besnya da ada anak buah..hehe..ohhh mayeh bg kite 0.25 sen eh..berbaloi-baloi..hik3

meowwmania said...

budak kecik kan jujur mana reti nak ckp bohong, yg dewasa la kena terima seadanya tak gitu huhu

Anne M. said...

budak2..
biasalah..
itu kira mendengar nasihat lagi,

yang tak makan saman camna pulak tuh?

De'din said...

syafawani..

mmg best..
tmbah2 bila tyme raya!!

mcm kamdar lah plak..
hehe

De'din said...

meowmania..

tu hakikat yg perlu diketahui umum..
nak x nak terima ja..

pandangan mereka ikhlas..

De'din said...

Anne M..

nasib syasya ni jenis makan saman..
tu pun kadang penat nak mengelak soalan dia yg plik2..

Anne Boleyn said...

haha hana ada sorang cousin yang dia nya cara lebey kurang cam shasya ni. tp yang tu lagi lah dah darjah 3 kot syasya ni kecik lagi tak pe lah.. :) kena ajar dia slow2. :)

de'din dipanggil walid eyh oleh anak2 buah??? :)

p/s : sorry yer sebab lambat balas kunjungan. :) thanx sebab sudi bagi komen di Hana Love Nest hope awak ley teruskan support blog ini kay :)

Lovely Bella said...

hehe syasya.. ermm tp bagus gak.. die emluahkan pendapat die.. maksudnyer diee byk berpikir wpun masih kecik.. hehe

De'din said...

hana love nest...

ehh..
bukan lah.. walid tu ayah syasya lah..

it's okay!!

De'din said...

lovely bella..

erm...
kalo yg dia fikir tu biasa2 x pa.
tpi yg ngarut yg bnyak :)

Sir Marcello said...

dia sangat jujur..tp kita terpaksa ajar dia jd hipokrit untuk memastikan semua benda menjadi baik...

hipokrit? rasa cam tak sesuai...hurm berkata manis lagi sesuai kot =]

De'din said...

kniedaz..

kdang2 pning gak nak bagi reasons kat dia ni..
lps bagi dia mesti tnya lagi..

De'din said...

sir macello..

hipokrit..
ganas sgt tu..
hehe

Lizzie Yasmin said...

peh mulut betul2 jujur.. tp kalu org besar mcm kta, kita pggil mulut laser.. hahaha

De'din said...

yasmin..

kalo owg besar tu dah kira mami jarum..

Afiefah Safieni said...

budak2 macam ni kdang2 bila ramai org bahaya juga...saya pun ada cousin macam ni juga...tapi bila boring mesti bes sebaba dia ckp banyak!!`
=)

De'din said...

diorang memang menceriakan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...