26 January 2011

Tahun arnab

Salam,

Kali ni nak share sedikit tentang perayaan Tahun Baru Cina, terutamanya tentang tahun arnab.

arnab ialah sejenis haiwan yang comei... heee~ erm mengarut lah,, yang sebenarnya macam kat bawah ni,,

ARNAB adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. 

Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain. 


Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. 

Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.


De'din : 
  • nampak gayanya tauke dedin lgi kaya lah tahun ni !
  • senyum selalu =)
Btw, jangan lupa join contest dedin !hadiahnya ialah sehelai tshirt anak negeri pilihan anda !

8 comments:

Lovely Bella said...

aku tak tau lahir tahun apa... hehehhe :)

Solihin Zubir said...

aku tahun arnab! yey! haha..
tp kita takleh caya kan keprcayaan cina..?

HEROICzero said...

hai "arnab" pink~ ni "naga" datang! keh3x

*limau tu nampak sedap~

Ain Zulaikha said...

owh .. yang bestnye raya cina adalah cuti seminggu.. hurayyy

haney said...

hani tahun rasakse!
hahahaha
de din ,
contest apakah?

Unknown said...

Wah.. bulan 2 niey banyak ong ma.. gaji +++++++.. perg.. shopping sakan nanti.. hikhik

alynn malynna said...

eh bila pulak thun naga??

haney said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...