26 January 2011

Tahun arnab

Salam,

Kali ni nak share sedikit tentang perayaan Tahun Baru Cina, terutamanya tentang tahun arnab.

arnab ialah sejenis haiwan yang comei... heee~ erm mengarut lah,, yang sebenarnya macam kat bawah ni,,

ARNAB adalah haiwan keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Mereka yang dilahirkan pada tahun arnab dikatakan seorang yang gembira, berbakat, senang didampingi, rendah diri, tidak sombong, tidak mudah ditipu, bercita-cita tinggi dan sentiasa beruntung dalam perkara yang dilakukan. 

Tiada sesiapa pun yang mengabaikan arnab kerana mereka adalah teman yang baik dan tahu cara untuk menghargai diri sendiri. Arnab juga bersifat sosial, sifat marah yang terkawal, berbudi bahasa, licik, tenang dan sensitif kepada yang lain. 


Masyarakat Cina percaya tahun ini adalah tahun yang bertenaga bagi mereka yang dilahirkan pada tahun arnab. Segala yang dirancang, jika direncana dengan baik akan memberi hasil yang menakjubkan. Jika anda menceburi bidang perniagaan, pengeluaran, ia adalah tahun yang amat baik untuk mengembangkan perniagaan dan mengaut keuntungan. 

Namun, masyarakat Cina juga percaya. mereka ini perlu berhati-hati dan tidak terlalu menurut kehendak serta berlengah.


De'din : 
  • nampak gayanya tauke dedin lgi kaya lah tahun ni !
  • senyum selalu =)
Btw, jangan lupa join contest dedin !hadiahnya ialah sehelai tshirt anak negeri pilihan anda !

09 January 2011

Sepanas rojak kari gulai berapi cili padi sambal belacan !

Salam untuk semua pembaca/reader yang masih sudi membaca blog De'din dan semakin lama semakin suam2 kuku macam hidup segan mati tak mau. Tajuk entri macam panas ja kan. Btw, tajuk ini hanya untuk menghangatkan kembali penampilan semula rakan blogger saya yang sudah lama menyepi. Katanya blog nya akan kembali mengegarkan fenomena blogger dunia. Walau macam mana pon saya tetap menyokong dia sebagai salah seorang bff saya. Apa lagi ? jom lah terjah blog dia !


Nantikan kemunculan blogger yang pernah mencetuskan fenomena blogger di PTSB




Oh ya hanya tajuk sahaja untuk menghangatkan . tapi isi nya tidak yer ! harap maklum.


Oh ya sekarang !


semakin hari semakin dikenali
semakin hari semakin disenangi
semakin hari semakin hitam gelap
semakin hari semakin gemok berisi
semakin hari semakin menambah kaki
semakin hari semakin menghitung tarikh akhir
semakin hari semakin memahami adat resam di site, 
semakin hari semakin berani membuat keputusan sendiri
semakin hari semakin pening melihat pelan2 strucuture yang kacang
semakin hari semakin mengetahui 'oh tidak saya x nak keja macam ni'




p/s: cukuplah kowt dengan update seringkas ini !
      picture dicuri tanpa kebenaran !

31 December 2010

Hey blogger !

Salam,


Wohooo ! macam mana nak tulis blog erk ? dah lupa lah pula bila lama x update ! Ada sapa2 nak tolong ajarkan ? eh2,, silap2,, macam mana nak buat starting paragraph pemulaan entri. Macam mana erk ? baiklah disebabkan tiada siapa yang sudi. Jadi saya hentam ja lah.


First, sekarang sangat sibuk dengan Latihan Industri (LI) dengan salah sebuah firma construction di Alor Setar. Tempat ni merupakan antara firma pembinaan yang terbaik, terhebat, terkemuka di Kedah. act, seblum ni x tahu pon. heee !




LI kat sini best lah juga tapi bila hari2 dok kat site yang panas memang letih lah ! dah macam mat2 bangla Dah semakin gelap sekarang bagaikan kembali ke zaman plkn. Dan agak membosankan bila tiada kawan ! Dan apalah yang lebih menggembirakan di site selain panjat backhoe dan sembang deraih kosong ngan driver nya !


Ni lah site saya !



yang hang p sembang ngan driver backhoe buat pa ?


yelah yang tu ja yang ada selain site supervisor ! yang len semua bangla,indon, burma. Kalo ada awek boleh lah juga ngorat sakat-menyakat !


Kalau nak juga jumpa awek kena lah balik main ofis, hehe.  tpi awek2 tu semua nya titile kakak. haha ! Btw, thanks to kak niza, kak bee dan kak ika ! special thanks to kak niza sebab dia lah owg yg pertama saya jumpa tyme antaq resume nak LI dan sambut tyme saya datang li dan yang terbaru ketika men bowl aritu. kalau kak niza x dak memang kekok lah saya. Kalo x mesti saya jdi pendiam aritu.


Dah sebulan 'berkerja' memang mematangkan saya. Akhirnya dapat juga merasa kepenatan berkerja yang rupanya meletihkan.  bila dah genap sebulan paham2 ja lah. Mesti ada benda2 yang ditunggu2. Apa lagi kalo bukan gaji elaun. Kelmarin ada dapat satu mcg yg soh p ofis jumpa miss kee untuk ambik elaun tapi aritu hujan so x p lah lagi. So, esok saya nak p ambiklah ! weeeee !




Btw, tahniah kepada pasukan malaysia ! yang berjaya menjulang Piala AFF buat pertama kali. Satu lipatan sejarah yang bakal diingati semua. Sempga kita kembali menjadi gergasi asia !




TANAH TUMPAH DARAH KU
De'din:
  • It's look like i need to remove my cbox for a while ! Sorry blogger
  • Akhirnya umo saya meningkat lagi beberapa hari lepas.. thanks kepada semua yg wish,, 
  • looking for a new one 
  • btw, happy new year ! hope all your dreams and wishes come true !
  • senyum selalu =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...