
- Si dia dalam entri ini ialah motor gua
- Hidup gua kurang gula sekarang
- Senyum selalu =) seiklas mungkin dah ni !
A child stands idle while her mom performs terawih prayers last night at the Tunku Mizan Zainal Abidin Mosque in Putrajaya. Muslims across Malaysia begin fasting today. – Bernama pic
Nak tau lagi? Bacalah kat bawah ni;
p/s: Apabila membaca portal berita malaysianinsider. Lagi gambar dalam fotoweb bernama.
Rupa-rupa nya tu anak buah De'din lah. Yang pakai tudung warna koko tu syafi yang sorang lagi yang pakai telekung tu Syasya ! yang sebelah kanan tu umi nya !MARAPANIM, Brazil - Seorang warga Britain, Ed Stafford yang berumur 34 tahun mencipta sejarah kelmarin apabila dia menjadi lelaki pertama berjalan di sepanjang Sungai Amazon selama 859 hari termasuk digigit 50,000 nyamuk.
Dia yang merupakan bekas kapten tentera Britain menghabiskan masa selama dua setengah tahun bersama rakan penunjuk arah dari Peru, Gadiel 'Cho' Sanchez Rivera.
"Saya telah diberitahu bahawa saya akan mati. Namun, saya tidak mati. Saya kini berada di sini. Saya membuktikan bahawa jika anda mahukan sesuatu, anda boleh melakukannya," katanya.
Stafford pengsan pada Ahad lalu, kira-kira 85 kilometer daripada lokasi penamat.
Dia menyambung perjalanan selepas berehat selama beberapa jam.
Lelaki itu kemudian berlari ke arah Lautan Atlantik di pantai Crispim, Brazil kelmarin yang merupakan lokasi penamat jelajah Sungai Amazon.
Pada mulanya, Stafford memulakan ekspedisi itu bersama seorang rakan Britain pada 2 April 2008 di selatan Peru.
Selepas tiga bulan berjalan, rakan Britainnya itu menarik diri.
Pada satu ketika di Peru, sekumpulan penduduk orang asli telah memenjarakan dia bersama rakannya itu kerana disyaki menjadi pembunuh sebelum dibebaskan selepas 48 jam ditahan.
Namun, Stafford meneruskan ekspedisi berjalan melalui hutan sebelum menemui Rivera yang berumur 31 tahun dan menemaninya sehingga ke lokasi penamat.
Ekspedisi itu melibatkan kos sebanyak AS$100,000 (RM315,200) yang ditaja oleh beberapa syarikat dan sumbangan.
Sepanjang ekspedisi itu, dia mendapati banyak pokok hutan ditebang sekali gus menyebabkannya memahami lebih mendalam mengenai peranannya untuk melindungi Amazon dan berusaha mengatasi masalah perubahan cuaca. - Agensi
-----------------------------------------------------------------------------------
De'din
KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.
Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.
Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.
Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.
“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.
------------------------------------------------------------------------------------
Tapi memang x dinafikan lah orang kelantan memang selalu bergaduh !
contoh paling mudah sewaktu perlawanan bola hari tu..
Tapi x semua orang kelantan macam tu
Sumber Kosmo!